Expired : 18.06.18

Microsoft Merancang Untuk Menambah Sokongan Pemalam Chrome Pada Pelayar Web Baru Mereka

Microsoft pada minggu ini telah berkongsi perancangan untuk beralih daripada penggunaan enjin EdgeHTML kepada enjin Chromium untuk Microsoft Edge. Bersama-sama dengannya, Microsoft turut mengatakan mereka akan memperkenalkan pelayar web Microsoft Edge untuk pengguna macOS.


Kini, berkongsi lanjut mengenainya melalui Reddit, pihak Microsoft mengatakan mereka merancang untuk menambah pemalam Chrome sedia ada pada pelayar web baru mereka kelak. Langkah ini mungkin mudah untuk para pembangun – memandangkan Google Chrome dan Microsoft Edge kelak akan menggunakan enjin yang sama, iaitu Chromium.


Ini juga akan membuatkan ramai pengguna untuk beralih ke Microsoft Edge – memandangkan mereka akan meneruskan pengalaman penggunaan Chrome di Microsoft Edge.


Selain itu, aplikas UWP sedia ada akan terus disokong tanpa sebarang gangguan pada peralihan ini.


Microsoft merancang untuk memperkenalkan Microsoft Edge berasaskan Chromium ini pada awal 2019 kelak – dimana kita mungkin mendengar lebih banyak mengenainya dalam bulan-bulan akan datang.


Norlida Ishak Shop