Expired : 18.06.18

Microsoft Mungkin Akan Hadir Dengan Windows Lite – Pesaing Kepada Chrome OS?

Windows 10 boleh dikatakan adalah versi Windows yang terakhir, Kerana Microsoft akan kekal dengan nama ini dan segala ciri/fungsi baru akan hadir dalam versi-versi kemaskini khusus seperti Creators Update, Aniversary Update dan lain-lain. Terkini, terdapat satu laporan mengatakan yang Microsoft akan hadir dengan satu sistem operasi baru yang dikatakan adalah Windows Lite.


Windows 10 Lite dikatakan adalah pengganti kepada Windows RT atau Windows 10 S. Tetapi, jika Windows RT dan Windows 10 S sudah gagal – apakah strategi Microsoft untuk Windows 10 Lite? Maklumat ini ditemui dalam satu fail dokumentasi Windows 10. Dengan Microsoft yang sudah mula membenarkan aplikasi ARM diterbit ke Microsoft Store dan pembangun sudah boleh mula membangun semula aplikasi jenis ini – kemungkinan Windows Lite ini mempunyai jumlah peratusan yang positif.



Windows Lite?


Windows 10 SDK 18282 pic.twitter.com/WWD2HEl6FE


— Tero Alhonen (@teroalhonen) November 20, 2018



Sistem operasi baharu ini dikatakan hanya akan menyokong dua jenis aplikasi, iaitu PWA dan UWP. PWA adalah aplikasi web progresif, manakala UWP adalah aplikasi untuk platform universal Windows. Spekulasi mengatakan, sistem operasi ‘Lite‘ ini adalah jawapan Microsoft kepada Chrome OS. Selain itu, sistem operasi ini dikatakan adalah untuk Always-Connected PC iaitu sistem operasi Windows untuk janaan cip pemprosessan mobil seperti Snapdragon 850.


Jika benar ia wujud dan Microsoft berjaya, adakah berbaloi sistem operasi seperti ini?


Norlida Ishak Shop