Expired : 18.06.18

Microsoft Mungkin Hadir Dengan Pelayar Web Berasaskan Chromium

Selepas bertahun lamanya pelayar web asas untuk sistem operasi Windows adalah Internet Explorer, akhirnya Microsoft dilihat berjaya menggantikannya dengan pelayar web baru yang ‘berjayaEdge. Microsoft Edge boleh dikatakan adalah satu pelayar web moden dengan rekaan yang minimal, responsif untuk penggunaan tetikus atau sesentuh, sekuriti, pelbagai ciri / fungsi menarik dan banyak lagi.


Tetapi seperti nasib Internet Explorer, Edge turut tidak digemari ramai walaupun prestasinya adalah baik jika dibandingkan dengan Chrome. Microsoft kini dilihat mungkin hadir dengan sebuah lagi pelayar web, tetapi berasaskan enjin Chromium – sama seperti yang digunakan Google Chrome dan Opera.


Microsoft Edge


Untuk Android dan iOS, sudah pun terdapat aplikasi Edge. Ia adalah pelayar web Microsoft tersendiri tetapi untuk peranti pintar. Ia mempunyai sokongan ‘Continue on PC‘ dan sokongan penghalang iklan terbina. ‘Continue on PC‘ adalah fungsi di mana selepas pengguna selesai melayari web dalam Edge pada Android/iOS, pengguna boleh sambung melayari web pada desktop. Apa yang pasti adalah akaun Microsoft diselarikan antara rentas-peranti. Untuk penghalang iklan ia adalah pemalam terbina. Bukankah ini satu fungsi yang sudah lama ada dalam Chrome? Ya. Ini kerana Edge untuk peranti mudah alih menggunakan enjin pelayar Chrome Blink.


Microsoft Edge Mobile


Jadi, disebabkan Edge dalam peranti mudah-alih dilihat berjaya dan mudah digunakan, Microsoft mungkin ingin menggantikannya terus dalam sistem operasi utama mereka. Microsoft kini berada dalam peringkat awal untuk pembangunan projek yang mempunyai kod nama ‘Anaheim‘. Tetapi, ia masih lagi peringkat awal dan ia mungkin hanya akan diperkenalkan pada tahun-tahun akan datang.


Disebabkan ia masih lagi diperingkat awal, jika ada sebarang kemaskini akan kami laporkan. Jadi, mari sama-sama kita nantikan.


Norlida Ishak Shop