v Minamino rasai aura latihan Liverpool
Expired : 18.06.18

Minamino rasai aura latihan Liverpool

JURGEN Klopp menyenaraikan pemain baru dibeli, Takumi Minamino pada sesi latihan, semalam ketika penyerang Jepun itu melalui kehidupan baru di Liverpool.

Minamino secara rasmi menyertai Liverpool pada 1 Januari tetapi peraturan Liga Perdana Inggeris (EPL) menyebut dia tidak akan dapat diturunkan untuk perlawanan menentang Sheffield United, Jumaat ini pada saingan pembuka tirai tahun baru.

Biarpun begitu, dia dijangka akan diturunkan untuk aksi kesebelasan utama secepat mungkin.

Minamino dilihat berlatih bersama rakan sepasukan barunya untuk kali pertama di Melwood.

Minamino kelihatan diberi sambutan hangat oleh rakan sepasukannya dan dilihat ketawa bersama penjaga gol Adrian.

Malah pemain-pemain Liverpool juga turut bertepuk tangan ketika dia hadir ke sesi latihan itu.

Peraturan menyatakan pemain menandatangani kontrak pada 1 atau 2 Januari tidak boleh disenaraikan dalam skuad untuk perlawanan minggu ke-21 menyebabkan pemain Jepun itu berkemungkinan tidak beraksi untuk Liverpool menentang The Blades.

Dia bagaimanapun mungkin diturunkan untuk perlawanan Piala FA menentang Everton dan akan membuat penampilan sulung dalam EPL menentang Tottenham pada 11 Januari.