Expired : 18.06.18

Mingguan Amanz – CES 2019, Internet TNB, Samsung Galaxy S10

Minggu ini menyaksikan acara CES 2019 diadakan, dimana sejumlah peranti baru dilancarkan bersempena dengannya – termasuk komputer riba baru berasaskan kad grafik NVIDIA RTX 2080, selain pelbagai kemaskini spesifikasi baru.


Pada acara CES 2019 juga, ia menyaksikan cip pemprosesan terbaru diperlihatkan oleh Intel dan AMD, selain kad grafik RTX 2060 daripada NVIDIA. Arena televisyen pintar juga turut mendapat perhatian ramai – termasuk pelbagai pengeluar yang mengintegrasikan sokongan AirPlay pada televisyen mereka.


Di Malaysia, Tenaga Nasional telah mengumumkan penawaran internet melalui infrastruktur mereka yang diuji meluas di Jasin, Melaka. Bersama-sama dengannya, pelbagai penyedia telekomunikasi turut mengambil peluang menawarkan perkhidmatan menggunakan infrastruktur TNB.


Selain itu, Mi Mix 3 telah pun memasuki pasaran tempatan, dan ditawarkan pada harga RM2199. Pelbagai peranti baru turut telah diumumkan bakal memasuki pasaran tempatan, termasuk Nova 4, Razer Phone 2, Nokia 8.1, dan beberapa yang lain.


Dan akhir sekali, Samsung telah pun mengumumkan yang mana Galaxy S10 akan dilancarkan secara rasminya pada 21 Februari 2019 kelak.


Norlida Ishak Shop