Expired : 18.06.18

Mingguan Amanz – Huawei Mate 30 Malaysia, Realme 5 Pro Malaysia, Microsoft Android

Huawei pada minggu ini telah melancarkan dua telefon pintar baru yang dinantikan ramai, iaitu Huawei Mate 30 dan Huawei Mate 30 Pro untuk pasaran tempatan. Kedua-duanya hadir dengan sistem Huawei Mobile Services, menggantikan penggunaan Google Mobile Services.


Selain telefon pintar, Huawei turut telah mealncarkan Huawei Watch GT2, dan juga kaca mata pintar mereka untuk pasaran tempatan.


Realme turut telah melancarkan dua telefon pintar mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Realme 5 dan juga Realme 5 Pro – dimana kedua-duanya hadir dengan empat kamera pada bahagian belakang.


Vivo turut tidak ketinggalan dan telah mengumumkan peanwaran Vivo V17 Pro dengan enam kamera untuk pasaran Malaysia.


Di Amerika Syarikat, Microsoft telah memperkenalkan beberapa peranti baru dibawah keluarga Surface, termasuk pengenalan sebuah telefon pintar berasaskan Android.


Akhir sekali, SKMM kini mengumumkan akan mula mengagihkan spektrum sekitar pertengahan tahun kedua 2020 kelak.


Norlida Ishak Shop