Expired : 18.06.18

Mingguan Amanz : IFA 2019

Minggu ini menyaksikan acara IFA 2019 berlangsung di Berlin, dimana sejumlah peranti telah dilancarkan oleh pelbagai pengeluar, termasuk Acer, Lenovo, Asus, dan sebagainya.


Beberapa telefon pintar baru turut telah dilancarkan pada acara berkenaan, termasuk Xperia 5 oleh Sony, Asus ROG Phone 2 versi 1TB, selain sejumlah telefon pintar baru oleh Nokia. Samsung turut telah memperkenalkan semula Galaxy Fold pada acara IFA 2019 ini, dan mula menjualnya di Korea Selatan.


Di Malaysia, BlackShark 2 Pro telah dilancarkan, selain mana Grab telah memperkenalkan perkhidmatan pascabayar mereka, dinamakan Grab PayLater.


Akhir sekali, kini pihak Facebook turut sedang bereksperimen dengan menyembunyikan bilangan Like pada perkongsian seseorang pengguna.


Norlida Ishak Shop