Expired : 18.06.18

Mingguan Amanz – Samsung Galaxy M Bertakuk, Pepijat FaceTime, Fortnite 60FPS

Samsung minggu ini membuat kejutan dengan memperkenalkan siri telefon pintar terbaru mereka dinamakan Galaxy M. Dibawahnya, dua telefon pintar diperkenalkan yang mana hadir dengan rekaan bertakuk kecil. Selain itu, Samsung juga pada minggu ini mengumumkan yang mana mereka telah memulakan pengeluaran storan UFS 2.1 sebesar 1TB untuk digunakan pada telefon pintar.


Xiaomi turut tidak ketinggalan dalam memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, dan telah melancarkan Redmi Go pada minggu ini. Ia hadir dengan sistem berasaskan Android Go – dan ditawarkan pada harga kurang RM300.


Dalam arena sekuriti, pada minggu ini pepijat ditemui pada panggilan FaceTime berkumpulan, yang membolehkan pengguna mendengar suara penerima panggilan walaupun tidak menjawab panggilan berkenaan. Selari dengannya, pihak Apple telah nyah-aktifkan sokongan FaceTime berkumpulan buat masa ini.


Dan akhir sekali, penerbit permainan Fortnite kini telah menawarkan Fortnite dengan sokongan 60fps untuk pengguna Android. Namun, ia hanya ditawarkan untuk beberapa buah peranti sahaja buat masa ini.


Norlida Ishak Shop