Expired : 18.06.18

Mingguan Amanz – Samsung Galaxy Note 10, Streamyx Menjadi Unifi Lite, TV Digital Malaysia

Minggu ini menyaksikan Samsung melancarkan telefon pintar terbaru mereka, iaitu GalaxyNote 10. Dua variasi peranti ditawarkan, iaitu Galaxy Note 10 dan Note 10+, hadir dengan fokus terhadap S-Pen, serta menyertakan sejumlah ciri-ciri menarik lain.


Di Malaysia, Galaxy Note 10 ditawarkan pada harga RM3699, sementara Galaxy Note 10+ ditawarkan pada harga bermula RM4199.


Selain telefon pintar, Acer telah membawa masuk beberapa komputer riba untuk pasaran tempatan, yang ditujukan kepada pelajar dan mereka yang inginkan komputer untuk kegunaan ketika bertugas di luar pejabat tanpa masalah.


Instagram dan WhatsApp kini diperkatakan bakal dijenamakan dengan penambahan jenama Facebook – sekaligus lebih memudahkan pengguna untuk mengenal-pasti yang mana ia merupakan produk keluaran Facebook.


Kerajaan pada minggu ini telah mula berkongsi perancangan untuk menutup siaran televisyen secara analog, dan memfokuskan penawaran digital sepenuhnya.


Akhir sekali, Telekom Malaysia pada minggu ini telah mengumumkan Unifi Air yang menawarkan akses jalur-lebar nirwayar tanpa had pada harga RM79 sebulan.


Untuk pengguna Streamyx pula, TM kini telah hadir dengan pelan Unifi Lite yang berharga RM60 sebulan untuk pelanggan sedia ada.


Norlida Ishak Shop