Expired : 18.06.18

Mingguan Amanz : Unifi Turbo, Naik-Taraf Streamyx, iFlix Percuma, Razer Pay

Minggu ini menyaksikan pihak Telekom Malaysia mengadakan sebuah acara khas, dimana mereka mengumumkan bakal hadir dengan beberapa penaik-tarafan untuk pengguna Unifi dan Streamyx sedia ada. Selain daripada itu, TM juga bakal menawarkan pakej Unifi 30Mbps pada harga kurang RM100.


Selain TM, pihak iFlix pada minggu ini telah mengumumkan penawaran iFlix Percuma kepada pengguna tempatan – dimana ia hadir dengan sokongna pengiklanan.


Dalam arena dompet digital, pihak Razer telah mengumumkan pelancaran Razer Pay di Malaysia.


Dalam arena peranti, Oppo telah mengumumkan bakal hadir dengan Oppo Find X ke Malaysia tidak lama lagi. Selain daripada itu, Nokia Mobile telah turut mula menawarkan Nokia 6.1 untuk pasaran tempatan, bersama-sama Nokia 8110.


Dan akhir sekali, Samsung telah hadir dengan kedai atas-talian terbaru mereka tersendiri, sekaligus memudahkan pengguna tempatan mendapatkan pelbagai produk Samsung dengan mudah.


Norlida Ishak Shop