Expired : 18.06.18

Minta brokoli beli bunga kobis, isteri Zahiril Adzim umum jadi ‘ketua keluarga’

Kesilapan Zahiril Adzim membeli barang dapur membuatkan isterinya mahu menjadi ketua keluarga. — Foto oleh Choo Choy May
Kesilapan Zahiril Adzim membeli barang dapur membuatkan isterinya mahu menjadi ketua keluarga. — Foto oleh Choo Choy May

KUALA LUMPUR, 23 Mac — Pelakon Shera Ayob terkilan sikap suaminya yang sering tersilap membeli barang dapur keperluan rumah.

Memuat naik hantaran lucu di Twitter, Shera, 33, berkata mulai hari ini beliau mengambil alih peranan Zahiril Adzim selaku “ketua keluarga”.


“Disebabkan sebelum ini telah berlaku kita minta beli brokoli tapi dia bawa balik ‘cauliflower’ dan beberapa kejadian lain, jadi dengan ini saya terima lantikan sebagai ketua keluarga sehingga 31 Mac 2020,” tulisnya.


“Ini juga bertujuan untuk mengelakkan pembaziran wang sekiranya ketua keluarga sebenar Zahiril asyik beli barang yang salah dan tidak diperlukan.”


Hantaran lucu pelakon filem Karak mendapat perhatian orang ramai termasuk rakan artis seperti Namron, Sara Ali dan penyanyi Indonesia Ayushita.


Sebelum ini menteri kerja raya mengumumkan hanya seorang wakil atau ketua keluarga dibenarkan keluar memberi barangan keperluan atau ubat-ubatan.


Datuk Seri Fadillah Yusof mengatakan mereka yang terpaksa keluar lebih daripada seorang perlu memberi penjelasan kepada polis.