Expired : 18.06.18

Misi J12K Bukti Kesungguhan Muslimat

Oleh: Muhammad Hadi



KANGAR : Pelancaran Jejak Jentera 12K menjadi bukti kesungguhan Dewan Muslimat PAS Malaysia dalam menjayakan misi melahirkan 12,000 ansorullah.


Demikian dinyatakan oleh Ketua Pengarah Jabatan APSA Dewan Muslimat PAS Malaysia, Dr. Ustazah Wahibah Twahir dalam Pelancaran Jejak J12K dan Promosi APSA Peringkat Negeri Perlis di Kompleks PAS Perlis (KOMPAS) dekat sini semalam.


Ujarnya, selaras dengan penekanan yang diberikan oleh Presiden PAS, DMPM melihat sudah tiba masanya satu bentuk program yang terancang dilaksanakan secara bersungguh-sungguh ke arah melahirkan seramai 12,000 tenaga ahli yang berkualiti yang menepati maksud ansorullah, demi mencapai kemenangan.


“Tuan Guru Presiden sering menekankan soal membina kualiti dan kuantiti ahli PAS yang memenuhi ciri-ciri tentera yang memenangkan Islam.


“Bagaimana kita meningkatkan kualiti dan kuantiti ahli jemaah?


“Hadis Rasulullah (yang bermaksud), sebaik- baik sahabat ialah 4 orang, sebaik- baik pasukan peninjau ialah 400 orang, sebaik-baik tentera ialah 4,000 orang dan jumlah 12,000 orang itu tidak akan kalah dengan sebab sedikitnya. Hadis ini telah diucapkan oleh Tuan Guru Presiden,” tegasnya di hadapan para peserta yang hadir.


Untuk itu katanya, seluruh ahli muslimat digesa bergerak seiring dengan DMPM dalam menjayakan misi J12K sepertimana yang telah ditetapkan.


“Dalam usaha kita mahu menjayakan misi Jentera 12K, kita perlu menjiwai dan menguasai sifat-sifat kemenangan diperhalusi dengan tema AKIFI iaitu Alim, Haraki dan Sufi,” ujarnya.


The post Misi J12K Bukti Kesungguhan Muslimat appeared first on Berita Parti Islam Se Malaysia (PAS).