Expired : 18.06.18

Mlm tu Aku ketuk pintu dan merayu nak masuk dlm rmh tapi isteri tak nak bukak. Pagi tue dia buka pintu terus dia tanya suatu soalan.

Sementara tunggu kereta siap repair dekat workshop ni, aku nak share kat korang semua pasal kisah bini aku, Zara. Panjang sikit harap bersabar.


-1992


aku umur 16 tahun masa tu, muda belia. aku ikut bapak aku pergi ke rumah kawan bapak dekat satu pekan ni untuk tonton siaran langsung piala thomas.


Harap maklum aku dulu bukan orang senang, bapak aku tak bayar lesen tv waktu tu jadi tv disorok bawah rumah sebab takut kantoi dengan pegawai yang datang check rumah ke rumah dan aku tak boleh tengok tv.


Sampai kat sana, aku duduk bersila dekat tepi dinding ruang tengok tv sambil tunggu siaran langsung start. Mata aku tertatap dekat seorang budak perempuan umur 12 tahun masa tu tengah ratah ayam goreng kat tangga dapur.


Badan montel, comel berkulit putih dan berambut perang. Sekali tengok macam anak kacukan pun ada. Dia makan, makan dan makan tulang ayam sampai tak sedar orang sekeliling. Agak agak dalam 6 ketul juga budak ni mentekedarah ayam goreng.


aku tak fokus dah badminton time tu, aku fokus budak ni. Rupanya budak tu anak tuan rumah iaitu anak kawan bapak. Lepas malaysia menang lawan badminton, bapak aku ajak balik.


aku perhati je budak tu masa nak bangun. Budak perempuan tu akhirnya pandang aku balik. Dia buat muka toye je. Tak sangka tu pertama kali aku jumpa Zara, bini aku.


-1996


Bapak aku buat kenduri kahwin kakak aku dekat rumah. aku masa tu cuti semester, aku baru umur 20. Badan aku tinggi 184cm dan kurus jadi segala urusan panjat memanjat, pasang pelamin dan tukar langsir tu semua aku buat masa pagi sebelum nikah.


Tengah aku berkemas, aku nampak budak perempuan yang sama aku nampak pada yahun 1992 tu tengah makan dekat beranda rumah aku. Ye, si montel tu makan lagi dab kali ni dia makan ayam lagi. Confirm dia rembat ayam yang siap digoreng untuk buat ayam masak merah kat dapur ni.


Mak dia datang untuk merewang, budak ni datang sekali. Makin cantik muka dia.. Tapi berat badan macam dah bertambah. Hahaha.


Dia ni semakin tinggi, agak agak macam 170cm lebih macam tu la tapi berbadan besar. Dari belakang aku nampak rambut perang dia yang sekerat bahu tu terurai jatuh. aku rasa berbunga bunga tengok dia dan tiba tiba dia menoleh ke arah aku.


Rasa macam nak tercabut nyawa waktu tu. Indahnya ciptaan allah.Gadis comel muka putih rambut perang. Masa tu dia umur 16 tahun. Tapi dia jeling je tengok muka buruk aku. aku jadi segan. Ini kali kedua aku tengok dia.


-1999


Kenduri kahwin kakak no 2 aku. Kali ini aku ternanti nanti budak tu kot kot dia datang lagi. Hampa aku, masa rewang kali ni mak dia tak datang pula. aku nak tanya mak bapak aku tapi aku segan. Sudahnya diamkan je. Kenduri kali ni busy sikit.


Masa muka aku berminyak minyak sebab kena ulang alik ambil lauk dan nasi letak atas dulang untuk dihidangkan kepada tetamu bawah kanopi, aku terjumpa dia. Dia cantik sangat pakai baju kurung. Badan maintain montel begitu.


Tak apalah nak buat macam mana kan kalau dah suka tu tak kira la montel ke kurus ke, dia tetap pujaan aku. aku pula segan sebab muka aku hodoh, berpeluh masa jumpa dia. Dia tengok aku, dia sengih. Dalam betul lesung pipit dia.


Masa aku tengah kemas kemas meja, budak tu datang, tanya nama dan umur. aku cakap nama aku Zarul, umur 23. Dia cakap nama dia Zara, umur 19. Dia kenyit mata. Comel sungguh.. aku nak kenyit mata, aku tak berani pula takut lari anak orang ni nanti jadi aku angguk je.


Zara bagi no telefon rumah dan alamat, tulis dekat tisu yang ditulis guna celak mekah yang Zara letak dalam purse dia. Senang nak utus surat katanya. Berani sungguh budak ni, lain perangai dengan aku yang penyegan.


-2001


aku dapat offer pergi overseas sambung master. aku dari tahun 1999 memang berutus surat dengan Zara masa masing masing belajar dekat universiti. aku suka tulis ‘ke hadapan Zara, aku senantiasa merindui Zara’ di kepala surat sambil tabur bedak dalam surat. Hehehe.


Masa aku dah nak fly, Zara hantar aku dekat klia. Zara duduk di shah alam waktu tu, Zara tengah buat degree ke diploma entah.


Zara menangis sambil bagi surat dekat aku di klia. Zara cakap, baca masa dalam flight. aku angguk je. Bapak Zara pun ada, siap bagi duit dekat aku, minta aku study betul betul dan berpesan bila balik nanti terus masuk meminang Zara.


Masa aku scan badan dekat airport, pegawai polis datang iringi aku masuk dalam bilik siasatan. Gabra aku.. Rupanya aku disyaki bawa v1rus antr4x, sebab Zara tabur bedak dalam surat. Adoi kesayanganku Zara. Nasib baik takde apa apa berlaku. aku dilepaskan tanpa sebarang dakwaan.


-2005


aku baru dua bulan berkahwin dengan Zara. aku dah naik berat 3kg. Zara punya misi nak jadikan aku gemuk macam dia. aku dah risau dah, cukuplah seorang je montel, patah katil nanti. Tapi Zara masak sedap sangatlah, lagi sedap dari restoran.


Sambil Zara masak, aku lipat baju sebab Zara tak suka urus kain baju. Lagipun ini memang denda yang Zara bagi kat aku sebab aku pernah cakap kat dia, kalau tak suka urus kain baju, Zara tak payah pakai baju dalam rumah. Huhuhu. Terus aku kena denda lipat baju sehingga ke akhir hayat.


-08.10.2006


Hari ini ulangtahun hari jadi Zara yang ke – 26 dan ulangtahun perkahwinan aku dan Zara yang pertama. Macam biasa, aku lupa tarikh ni semua. Kek apa semua langsung tak prepare. Engineer macam aku ni seluar dalam pun lupa tukar apatah lagi tarikh. Zara marah aku dan aku kena tidur depan tv.. Hehehe.


Tapi tarikh ni sangat bermakna untuk aku sebab esoknya Zara buat surprise lepas keluar bilik. Zara first time pakai tudung. Alhamdulillah cantik isteri aku pakai tudung.. Tudung bawal warna pink cair ada manik manik dekat sekeliling hujung tudung. Bila tengok muka bulat Zara pakai tudung tu, aku jatuh cinta makin jatuh makin hanyut aww..


-2008


Zara suka kerja sampai lewat malam. Satu hari tu, aku balik awal. aku landing atas katil kemudian aku ambil laptop. aku pasang cerita terlarang, pinjam cd kawan aku. Hehehe. Perempuan dalam cerita terlarang ni kurus, so aku fikir dia tak macam Zara.


Syok betul aku layan cerita sambil terbayang perempuan kurus. Kemudian aku tengok cerita sampai tak sedar Zara dah balik and dia ada kat belakang aku. Eh balik awal pulak harini. aku malu sangat tak tahu nak letak muka kat mana. Kantoi. Tertangkap dengan bini sendiri tengok cerita terlarang perempuan kurus. aku takut kalau Zara marah..


Tiba tiba Zara cakap, jom tengok sekali. Alamak terkejut aku. aku pun tengok sambil malu malu. aku tengok muka Zara, Zara tengok muka aku. aku rasa macam dah tak ada muka bila Zara cakap, “besar jugak timun dia bang.” aku dah start gigit kuku bila Zara tengok timun lelaki tu macam nak terkeluar biji mata Zara.


Masa aku tutup laptop, Zara tanya kenapa aku tutup, dah taknak tengok ke? aku jawab aku segan.. Zara cakap, ooo tahu segan rupanya. Ketar lutut aku, sayang.. Mampus aku kalau Zara minta timun aku pun besar macam mat salleh tu.. Sejak dari tu aku insaf tak tengok cerita terlarang sampai sekarang..


-2009


Mak aku selalu minta aku nasihatkan Zara untuk kurus supaya senang nak mengandung. Tapi aku tak sampai hati nak bagitahu Zara. Bagi aku, Zara dah sihat walafiat.


Memanglah gemuk sikit tapi bukanlah gemuk takde shape pun. aku suka Zara macam ni, lagipun Zara tak pernah kurus sejak aku kenal Zara dari umur 12 tahun. aku dah selesa tengok Zara berbadan montel.


aku terdengar Zara menangis sambil call mak Zara. Dia cakap dia ada masalah dengan 0vari. aku berdebar debar dan terus pluk Zara lepas Zara call mak. Zara bagitahu aku yang Zara ada buat check up di hospital untuk tujuan insurans dan terbukti Zara ada masalah untuk mengandung.


Zara menangis macam orang hilang akal dan aku pun turut menangis. aku rasa celaru sebab orang yang aku cinta tak dapat mengandung, tak dapat melahirkan zuriat aku. Tapi aku janji dengan Zara yang aku tak kisah pun keadaan Zara macam mana janji aku boleh bersama Zara sampai akhir masa.


-2012


Hubungan aku dengan Zara berantakan sebab aku kantoi bermain cinta dengan budak praktikal dekat company aku. aku dah bergaji lima angka, aku dah selesa jadi aku rasa aku hebat dan bagus. aku lupa aku ni masih suami Zara.


aku buta. aku tak nampak kecantikan Zara, Zara yang putih bersih, Zara yang berambut perang, Zara yang sedap dipluk, Zara yang pandai, Zara yang rajin masak, Zara yang cakap english macam air, Zara yang manja, Zara yang nakal. aku terpedaya dengan perempuan muda berumur 22 tahun. aku jahat.


Zara dapat tahu aku curang tak lama lepas aku ada girlfriend baru tu sebab Zara nampak aku tengah beli tiket wayang dengan perempuan tu. aku pluk perempuan tu depan mata Zara. aku rasa macam nak gugur jantung saat Zara nampak aksi aku.


Zara tengok aku, Zara angkat ibu jari tunjuk simbol bagus sambil sengih sengih. Zara relax jalan turun eskalator dekat sunway pyramid tu. aku rasa celaru, tapi aku b0doh jugak. aku teruskan je tengok movie dengan perempuan tu.


Balik tu aku tengok kain baju aku kena humban luar rumah. aku minta maaf merayu tapi Zara tak buka pintu. aku tidur kat atas buaian luar rumah. Esoknya, Zara keluar dan Zara tanya aku, ‘aku nak kahwin tak dengan perempuan tu? Biar Zara pinangkan.’


aku pluk Zara aku cakap aku menyesal. Zara tak balas plukan aku. Zara cuma minta maaf kerana tak dapat bagi anak untuk aku. aku menyesal sangat sangat dan aku rasa berdosa. aku dah sakitkan hati Zara. Zara menangis tak henti henti. Sakit dada aku bila aku teringat balik kisah ni.


-08.10.2013


Hari ini ulangtahun perkahwinan aku dan Zara yang ke – 8 dan ulang tahun kelahiran Zara yang ke – 33. Zara masih Zara yang sama, yang sudi memaafkan kesalahan aku. aku dah tinggalkan perempuan tu empat bulan selepas kejadian kantoi tu. aku slow slow tinggalkan dia.


Zara tahu dan Zara bagi kata kata perangsang. Zara cakap kalau aku serious, baik aku kahwin je tapi kalau aku tak mampu berlaku adil, aku tinggalkan. Zara yang bagi semangat dan nasihat kat aku hari hari sampai aku ada keberanian untuk tolak cinta perempuan tu.


aku dan Zara sambut anniversary dekat satu homestay tepi pantai. Pada hari anniversary aku dan Zara sekitar pukul 11 – 5 petang lebih, Zara pluk aku dan ciium aku bertubi tubi. Zara minta ampun dekat aku banyak banyak.


Zara manja manja dengan aku. Lepas tu, Zara minta izin pergi mandi tepi pantai. aku bagi je sebab aku tahu Zara suka main air. aku pula just rehat rehat tepi pantai tu. aku tak sangka itu kali terakhir aku melihat Zara dalam keadaan bernyaawa. Zara dijumpai leemas selepas setengah jam Zara mandi pantai. Berat hati nak mengatakan bahawa Zara yang aku sayang dah tak ada..


-2018


Dah 5 tahun Zara pergi. aku masih disini, sendiri. Menunggu kedatangan Zara. Zara yang manja, Zara yang montel, Zara yang cute, Zara yang suka makan ayam. Zara, kerajaan kita dah bertukar sekarang, malaysia menang sukan sea 2017, aku dah buat ibadah haji tahun lepas. Banyak aku nak cerita kat Zara ni.


Rindunya aku kat Zara, macam tak tertanggung rasanya. Sampai sekarang aku menduda, kerana aku tak boleh nak move on lagi. Gambar Zara di fb pun aku print semua dan letak dalam album untuk hilangkan rindu aku.


Ya allah, aku mohon kau hadiahkan syurga buat bidadariku kerana sesungguhnya isteriku ialah seorang isteri yang sangat taat kepadaku dan dialah seindah indah manusia yang pernah berada di sisiku. Zara, aku redha dengan pemergian Zara. Andai Zara sudi, datanglah dalam mimpi aku. Dirimu tiada pengganti. I love you, happy anniversary and happy birthday my lovely Zara.


Norlida Ishak Shop