Expired : 18.06.18

Model Dua Dalam Satu Vans Slip-Skool Kini Boleh Didapati Di Malaysia

Bimbang untuk sarung kasut Vans anda ketika hari hujan? Tidak perlu risau lagi kerana model unik ini sudah boleh didapati di butik Vans seluruh Malaysia.


Kenapa ia unik? Kerana model ini adalah model Slip On yang dihiasi panel getah berbentuk model Old Skool di sekelilingnya. Jadi, jika anda pakai kasut ini ketika hari hujan, anda tidak perlu bimbang ia basah kerana adanya panel plastik ini yang menghalang air daripada masuk.



Vans 2


Vans 3




Dua pilihan corak boleh dipilih iaitu Red/Blue dan juga Checkered. Model ini turut hadir dengan tapak ComfyCush untuk keselesaan berpanjangan serta menjadikan kasut ini lebih ringan. Anda boleh mendapatkan model ini di butik Vans dengan harga RM359.


P/S: Jika sudah bosan dengan panel getah pada kasut ini, boleh potong secara DIY dan tukarkan kasut ini kepada model Slip On. Cool!


Ini pula beberapa model Vans lain yang turut berada di pasaran. Boleh klik pada pautan di bawah.



UltraRange EXO, Model Paling Selesa Dan Ringan Daripada Vans Setakat Ini





Vans Mulakan Tahun Baharu Dengan Koleksi Unik ‘Mismatch’





Vans Perkenalkan Warna Baharu Untuk Model Tahan Lasak Destruct SF