Expired : 18.06.18

Modric rancang kekal di Madrid

LUKE Modric merancang melihat semula kontrak semasanya di Real Madrid dan kekal sehingga 2021 menurut beberapa laporan.


Ada beberapa pandangan menyatakan pemain berusia 34 tahun itu mungkin berpindah ke pasukan lain demi kerjaya bola sepak berikutan kehadiran cabaran sengit daripada pemain muda - tidak terkecuali Martin Odegaard, yang berjaya memenuhi kontrak pinjaman di Real Sociedad.


Modric difahamkan sudah memaklumkan kepada staf kejurulatihan di Real bahawa dia akan menarik diri jika dia fikir dia tidak mampu beraksi di peringkat yang lebih tinggi lagi.


Namun, akhbar Sepanyol, AS melaporkan pemain Croatia memutuskan untuk kekal untuk satu musim lagi walaupun menarik perhatian beberapa kelab lain.


Modric berdepan kempen yang sukar, bergelut untuk mencuri tumpuan jurulatih pada awal musim ini.


Dia menjadi antara sembilan pemain yang sering digunakan pengurus Real, Zinedine Zidane dalam pasukan sepanjang musim sebelum aksi ditangguhkan berikutan wabak Covid-19.


Perancang tengah itu bagaimanapun yakin dia mampu beraksi dalam kempen 2020-21.


Dia juga berharap dapat memberi peluang kepadanya menambah beberapa lagi koleksi yang dimenangi sepanjang bersama Real.