Expired : 18.06.18

Momota tak tercabar

PEMAIN nombor satu dunia, Kento Momota berjaya memulakan musim 2020 dengan cemerlang apabila muncul juara Masters Malaysia selepas menumpaskan wakil Denmark, Viktor Axelsen hari ini.


Momota bukan saja meraih kemenangan sulung tahun ini tapi kali pertama merangkul kejuaraan di Malaysia selepas menumbangkan juara dunia 2017 itu 24-22, 21-11.



Kemengan ini jelas sekali mengubat kekecewaan Momota yang tumpas di pusingan pertama Masters Malaysia tahun lalu.


Sementara itu, Kim Gi Jung-Lee Yong Dae yang dibantu bekas beregu lelaki negara, Koo Kien Keat berjaya muncul juara selepas menumpaskan pilihan ketiga, Li Jun Hui-Liu Yu Chen (China).


Pasangan Korea Selatan itu mencatat kemenangan straight set 21-14, 21-16 dalam tempoh 40 minit.


Pemain perseorangan wanita nombor satu dunia, Tai Tzu Ying (Taiwan) pula tumpas di tangan pilihan kedua dari China, Chen Yu Fei 21-17, 21-10.


Saingan beregu wanita menyaksikan pertarungan sengit kedua-dua wakil dari China, Li Wen Mei-Zheng Yu dan Du Yue-Li Yin Hui.


Bagaimanapun, aksi selama satu jam 22 minit itu berakhir dengan Wen Mei-Zheng Yu mencatat kemenangan 21-19, 16-21, 21-19.


Satu lagi pertembungan sesama sendiri pemain China menyaksikan pilihan utama, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong menumpaskan Wang Yi Lyu-Huang Dong Ping 21-19, 21-12.