Expired : 18.06.18

‘Mother & father’ rujuk kepada penaja pengganas – SUA Mat Sabu

PEJABAT Menteri Pertahanan hari ini menjelaskan bahawa istilah ‘father and mother’ yang digunakan menterinya, Mohamad Sabu sesi soal jawab Dialog Shangri-La yang berlangsung di Singapura baru-baru ini sebenarnya merujuk kepada penaja pengganas.


Penjelasan itu muncul setelah Mohamad Sabu menjadi bahan jenaka susulan beberapa kenyataannya dalam soal jawab berkenaan yang dianggap tidak sesuai diungkapkan seorang menteri pertahanan.


Setiausaha Akhbar Mohamad, Amin Shah Iskandar (gambar) berkata, istilah itu merujuk kepada golongan yang menaja sumber kewangan bagi menyokong kegiatan keganasan.


Sambil mempertahankan ucapan bosnya, Amin berkata, istilah “father and mother” itu merupakan terma yang biasa digunakan dalam aktiviti counter-terrorisme.


“Menhan (Menteri Pertahanan) menggunakan rujukan anekdot apabila dia menyebut tentang “father and mother” kepada organisasi pengganas, ia merujuk kepada unsur penaja pengganas.


“Beliau (Mohamad Sabu) berkata bahawa pengganas sering dilengkapi senjata yang baik seolah-olah mereka mempunyai sumber kewangan yang kukuh menyokong aktiviti mereka,” katanya dipetik Astro AWANI.


Mohamad mencuri tumpuan selepas video memaparkan jawapannya kepada media dalam satu soal jawab sempena Sidang Kemuncak Keselamatan Asia ke-18, Dialog Shangri-La di Singapura menjadi bahan jenaka dan tular di media sosial sejak semalam.


Rakaman klip video berdurasi tiga minit itu memaparkan Mohamad menjawab pertanyaan media antarabangsa mengenai isu-isu serantau terutamanya melibatkan keselamatan.


Paling mencuri tumpuan ialah ketika Mohamad menjawab pertanyaan wartawan terkenal, Aaron Connelly yang menyoal Mohamad mengenai pendirian Malaysia ekoran kehadiran kapal-kapal pengawal pantai China di perairan Laut China Selatan.


Dalam reaksinya, Mohamad dipetik berkata: “Kapal-kapal pengawal pantai China lebih besar dari kapal perang Malaysia, jadi macam mana kami nak kejar mereka.”


Mohamad dalam soal jawab itu juga menggunakan istilah ‘father and mother’ dengan mencadangkan supaya kegaitan keganasan ditangani dengan mencari ibu bapa pengganas.


Beliau juga menjadi tumpuan apabila menggunakan istilah ‘him’ untuk merujuk Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Arden yang merupakan seorang wanita.


The post ‘Mother & father’ rujuk kepada penaja pengganas – SUA Mat Sabu appeared first on NewMalaysianPost.com.


Norlida Ishak Shop