Expired : 18.06.18

Mourinho bayar denda tipu cukai RM9.3 juta




BEKAS pengurus Manchester United Jose Mourinho menerima hukuman penjara selama setahun di Sepanyol kerana terbabit dalam penipuan cukai.


Dia bagaimanapun berkemungkinan tidak dipenjarakan kerana Sepanyol tidak menguatkuasakan undang-undang itu sekiranya kurang daripada dua tahun.


Pengurus dari Portugal itu dituduh berhutang dengan pihak berkuasa percukaian Sepanyol sebanyak €3.3j (RM15.3 juta).


Mourinho akan menjelaskan denda cukai dilaporkan sebanyak €2j (RM9.3 juta) sebagai hukuman penggantungan penjara itu.


Kesalahan dilakukan adalah berkaitan dengan pendapatan hak imej tidak disytihar ketika dia mengendalikan Real Madrid pada 2011-2012.





Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Februari 2019 @ 8:06 PM



Norlida Ishak Shop