Expired : 18.06.18

Mourinho boleh beri Spurs trofi

BEKAS pemain tengah Chelsea dan Tottenham Hotspur, Gus Poyet berkata dia sangat terkejut jika Spurs tidak memenangi sebarang trofi di bawah kendalian Jose Mourinho.


Mauricio Pochettino gagal menamatkan impian gergasi Utara London untuk memenangi kejuaraan sepanjang mengendalikan skuad itu, sehingga menyebabkan Mourinho menggantikan pengendali dari Argentina itu pada November lalu.


Ketika Mourinho masih lagi belum mendapat sokongan penuh peminat kelab itu bahawa dia adalah individu paling layak memegang tugas itu, Poyet merasakan bahawa Spurs tidak jauh dari mengecapi kejayaan di bawah bekas bos Chelsea, Manchester United, Inter Milan dan Real Madrid itu.


Poyet berkata : "Apa yang saya katakan ketika dia mendapat jawatan itu, jika anda memberikan dia tiga tahun di kelab itu, saya akan terkejut jika dia tidak memenangi sebarang trofi. Saya sangat terkejut.


"Mungkin dia tidak bernasib baik dan musim depan kita tidak akan ada Piala Liga dan sekurang-kurangnya hanya satu piala untuk direbut, tetapi dia tahu bagaimana untuk mendapatkan pemain beraksi dalam perlawanan penting."


Spurs tidak memenangi trofi sejak menjuarai Piala EFL (Liga) pada 2008.