Expired : 18.06.18

Mozilla Kini Menawarkan Firefox Beta Untuk Komputer Windows 10 Berasaskan Snapdragon

Qualcomm dan Mozilla pada penghujung tahun lepas telah mengumumkan kerjasama, dan menyatakan Firefox bakal hadir ke komputer Windows 10 berasaskan cip Snapdragon daripada Qualcomm. Kini, selari dengannya, Mozilla telah pun mula menawarkan Firefox Beta untuk komputer berasaskan cip Snapdragon ini.


Melalui penawaran baru ini, pelayar web berkenaan hadir dengan pengoptimasian untuk cip ARM64, dan ia juga turut direka khusus untuk menjalankan beberapa proses secara serentak, menawarkan kelajuan pelayaran yang pantas, sekaligus menawarkan pengalaman penggunaan pelayar web Firefox seperti pada versi komputer berasaskan cip Intel.


Sekiranya anda mempunyai sebarang komputer Windows 10 berasaskan cip Snapdragon, boleh mencuba Firefox versi khusus ini dalam bentuk beta. Selain Firefox, pelayar web Chromium juga dijangka akan ditawarkan tidak lama lagi untuk versi Windows 10 berasaskan ARM64.


Norlida Ishak Shop