Expired : 18.06.18

MPKK: Kerajaan PH patut malu kerana mungkir janji


BANGI, 22 Safar 1440H, Rabu – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) patut berasa malu kerana mengingkari janji untuk memastikan amalan federalisme dihormati, dan tidak mengulangi kesilapan sama seperti kerajaan terdahulu.


Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, sebelum ini kerajaan menyerahkan segala urusan berkaitan pelantikan dan penamatan jawatan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) kepada kerajaan negeri.


Bagaimanapun semalam, kenyataan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Sivarasa Rasiah bertentangan dengan janji tersebut apabila menyatakan, Kabinet memutuskan pelantikan tambahan lima lagi anggota MPKK daripada Kerajaan Pusat bagi negeri-negeri yang ditadbir oleh pembangkang.


Serentak itu, Ahmad Fadhli mempersoalkan sama ada pencerobohan konsep federalisme itu adalah yang terakhir dilakukan oleh pentadbiran PH dalam tempoh lima tahun.


“Saya kira tidak, sudah pasti desakan demi desakan daripada akar umbi mereka di negeri-negeri pembangkang akan terus memaksa kerajaan membuat keputusan bagi memastikan jentera bawahan mereka di kampung-kampung boleh ‘cari makan’.


“Benarlah, some promises can be broken. Atau lebih tepatnya, promises are made to be broken,” katanya dalam satu kenyataan.


Pada 29 Jun, Kementerian Luar Bandar menyerahkan segala urusan berkaitan pelantikan dan penamatan jawatan MPKK yang mana menggantikan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kepada kerajaan negeri.


Bagaimanapun, amalan federalisme yang dikatakan tidak dihormati kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika memerintah dahulu turut dilakukan PH.


The post MPKK: Kerajaan PH patut malu kerana mungkir janji appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop