Expired : 18.06.18

MRSM tidak lagi dimonopoli golongan elit mulai tahun depan

KUALA LUMPUR, 3 Rabiulawal 1440H, Ahad – Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun menegaskan, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) tidak lagi akan dimonopoli oleh golongan elit.


Bermula tahun hadapan, katanya, pengambilan pelajar di maktab itu tidak lagi seperti kerajaan Barisan Nasional terdahulu, yang mana hanya pelajar dari golongan elit menguasai, sehingga mengganggu peluang untuk golongan pelajar B40.


“MRSM ini difokuskan terutamanya untuk masyarakat luar bandar dan miskin. Kementerian sedang mengkaji semula dan melihat komposisi golongan elit dan B40 di dalam institusi itu,” katanya seperti dilapor akhbar tempatan.



Mengulas lanjut Rina menegaskan, kementeriannya turut akan memastikan hanya pelajar dalam kalangan pendapatan isi rumah B40 dan ke bawah diberi keutamaan untuk memasuki MRSM.


“Bermula pengambilan tahun hadapan, kita akan melihat pencapaian peperiksaan dan juga pendapatan sebenar ibu bapa atau penjaga mereka. Sebenarnya, untuk masa sekarang hanya 40 peratus adalah pelajar B40 dan ke bawah. Sasaran kita adalah lebih 60 peratus pelajar B40 memasuki MRSM,” katanya.


The post MRSM tidak lagi dimonopoli golongan elit mulai tahun depan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop