Expired : 18.06.18

MRT: Lorong kiri Jalan Putra Permai-Serdang ditutup


KUALA LUMPUR, 3 Jamadilawal 1440H, Rabu – Aliran trafik di lorong kiri di Jalan Putra Permai arah Serdang selepas jambatan MEX sehingga Jalan Pinggiran 1/3 ditutup sementara bermula 15 Januari hingga 31 Januari ini.


Menurut kenyataan MMC-Gamuda hari ini, penutupan itu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) sepanjang Seri Kembangan.


“Penutupan sementara bermula dari jam 11 malam hingga 5 pagi untuk selama 20 hari.


“Sepanjang penutupan 300 meter ini, lorong kanan akan disediakan kepada pengguna jalan raya dari arah Serdang menuju ke Puchong,” menurut kenyataan itu.


Penutupan lorong kecemasan sepanjang Jalan Putra Permai akan turut dilanjutkan dari 15 Januari hingga 10 Jun selama 24 jam bagi tujuan kerja-kerja pembinaan itu.


“Lorong kecemasan sepanjang 800 meter di jalan itu dari arah Serdang menuju ke Jalan Pinggiran 1/3 akan ditutup dan dua laluan akan disediakan kepada pengguna jalan raya. Pengguna juga dinasihat mematuhi arahan papan tanda trafik dan pengawal bendera yang bertugas,” katanya.


The post MRT: Lorong kiri Jalan Putra Permai-Serdang ditutup appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop