Expired : 18.06.18

Mufti Wilayah senarai pengajaran Livepool tewaskan Barcelona

Pemain Divock Origi merai jaringan keempat pasukan Liverpool bersama Xherdan Shaqiri dan Trent Alexander-Arnold, May 7, 2019. — Foto Reuters
Pemain Divock Origi merai jaringan keempat pasukan Liverpool bersama Xherdan Shaqiri dan Trent Alexander-Arnold, May 7, 2019. — Foto Reuters

KUALA LUMPUR, 11 Mei  — Mufti Wilayah Persekutuan hari ini menjadikan kemenangan 4-0 Liverpool ke atas Barcelona tempoh hari sebagai contoh nilai-nilai positif.

Memberi gambaran perlawanan itu sambil menyebut nama pemain Liverpool, Datuk Zulkifli Mohamad al-Bakri menyifatkan kemenangan “The Kop” dalam separuh akhir Champion League membawa beberapa pengajaran.


Antaranya, beliau berkata sifat “over-confident” boleh memakan diri, semangat yang kental dan azam yang tinggi boleh mengubah sesuatu keputusan.


“Semangat berpasukan atau team-building adalah acuan yang terbaik dalam menempa kejayaan. Sifat tidak mengalah dan berputus asa akan menatijahkan kejayaan yang luar biasa,” katanya di Facebook petang ini.


Beliau juga mengaku menyokong Liverpool, pemenang kejuaraan Eropah sebanyak lima kali, dalam perlawanan akhir kejohanan tersebut menentang Tottenham Hotspur pada 1 Jun ini.


“Saya jangkakan pada perlawanan final nanti akan lebih bergantung kepada pasukan mana yang lebih perform, nescaya dia lah yang akan menang,” kata  Zulkifli.


Norlida Ishak Shop