Expired : 18.06.18

Muizz mahu lebih agresif

PELUMBA Formula 4 SEA negara, Muizz Musyaffa mengharapkan keputusan lebih positif pada pusingan keempat di Litar Antarabangsa Chang, Buriram bermula esok.


Muizz meraih podium sulung selepas menamatkan perlumbaan pertama pusingan ketiga di kedudukan kedua di litar sama sekali gus menyuntik semangatnya untuk sekurang-kurangnya menempatkan diri dalam kelompok lima terbaik.


Bagaimanapun dia mengakui ia bukan tugas mudah kerana persaingan untuk memburu kelompok lima terbaik terlalu sengit.


“Pada pusingan keempat di Buriram minggu ini sudah tentu saya mahukan keputusan terbaik walaupun perlumbaan sebelum ini tidak berapa baik kerana faktor kurang kelajuan dan pecutan serta persaingan sengit daripada pelumba lain,” katanya.


MUIZZ sedar saingan sengit menantinya untuk berakhir dalam kelompok lima terbaik.



Muizz juga hampir meraih podium pada perlumbaan ketiga yang menyaksikannya menamatkan saingan di kedudukan keempat di belakang Lucca Allen, Elias Seppanen dan Shihab Al Habsi.


“Untuk persiapan pusingan keempat, saya melakukan senaman asas dan berlari bagi mengekalkan stamina dan kekuatan fizikal.


“Sambutan Hari Raya kali ini sedikit berbeza kerana saya tidak pulang ke kampung halaman. Tapi keluarga datang untuk meraikan Hari Raya bersama-sama,” katanya.


Norlida Ishak Shop