Expired : 18.06.18

Mujahid: Pemimpin Umno masuk PH tidak jadi 'malaikat', kena pikul salah lama

Datuk Seri Mujahid Yusof berkata bekas wakil rakyat Umno perlu memikul tanggungjawab atas kesalahan lama mereka. — Foto oleh Hari Anggara
Datuk Seri Mujahid Yusof berkata bekas wakil rakyat Umno perlu memikul tanggungjawab atas kesalahan lama mereka. — Foto oleh Hari Anggara

PUTRAJAYA, 13 Feb — Tindakan beberapa wakil rakyat Umno menyertai Pakatan Rakyat (PH) bukan bermakna mereka suci daripada kesalahan lalu, kata Datuk Seri Mujahid Yusof.

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) berkata mereka perlu memikul tanggungjawab atas kesalahan mereka walau sudah menyertai PH, lapor Utusan Online.


“Mereka kena faham masuk PH, akan bersih dan tiada masalah, tiba-tiba jadi malaikat, benda ini tidak boleh berlaku menerusi kemasukan mereka ini,” katanya.


Memberi contoh, Mujahid berkata isu kahwin mangsa rogol yang dicadang ahli parlimen Tasik Gelugor tidak “hilang” walau Datuk Shahbudin Yahaya menyertai PH.


Namun, menteri di Jabatan Perdana Menteri yakin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) membuat penelitian sebelum membenarkan mereka menyertai parti itu. 


Norlida Ishak Shop