Expired : 18.06.18

Muka Bengkak & Bernanah, Netizen Risau Keadaan Shahir

Selepas dihimpit kontroversi apabila memuat naik rakaman video insiden di perkarangan unit kecemasan sebuah hospital yang viral baru-baru ini, bintang Akademi Fantasia iaitu Shahir memuat naik pula foto wajahnya yang kelihatan sedikit bengkak.


muka shahir bengkak bernanah


Menurut Shahir, sebahagian wajahnya mengalami kebas dan pembengkakan itu sudah mulai surut. Enggan orang ramai terus mengecam dirinya, Shahir menjelaskan salah faham bahawa fotonya itu bukanlah senyum sinis seperti yang didakwa, tetapi bahagian kanan wajahnya dipenuhi nanah dan menyebabkan senyumannya senget.


Mungkin ada salah faham gambar saya post seolah-olah senyuman sinis. Tidak, memang bahagian kanan muka saya sebenarnya dipenuhi nanah.


muka shahir bengkak bernanah


Jadi bengkak dan kebas di dalam. Sebab itu senyum tu senget begitu. Saya masih dalam tempoh rawatan.


Rata-rata netizen mula bersimpati dengan nasib yang dialami oleh penyanyi itu dan risau dengan keadannya. Mereka memintanya untuk memandag serius perkara itu dan segera mendapatkan rawatan kerana ada simptom masalah Bell’s Palsy.


muka shahir bengkak bernanah muka shahir bengkak bernanah muka shahir bengkak bernanah


Terdahulu, Shahir meluahkan rasa kesal apabila dia tidak diterima untuk berjumpa doktor dan mendapatkan rawatan selepas mengalami demam selama tiga hari. Bagaimanapun, Shahir dikecam ramai dan tindakannya merakam video di ruang kecemasan hospital adalah salah.


Bagaimanapun, Shahir menjelaskan dia tidak berniat untuk memburukkan mana-mana pihak tetapi tindakannya itu adalah untuk mewakili individu lain yang turut menerima nasib sama.


Sumber Berita : Astro Gempak