Expired : 18.06.18

"Muka Macam Ariel Peterpan, Ada Hati..." - Punchline Filem Wira Buat Ramai Pecah Perut!




Hanafis Haris



Hiburan



Filem terbaru arahan Adrian Teh sememangnya dipuji ramai apabila menampilkan pelbagai aksi hebat setanding antarabangsa.
 
Namun siapa sangka, dalam banyak babak pertarungan itu rupanya terselit lawak serta punchline menarik.
 
Pastinya yang paling meninggalkan kesan adalah dialog pelakon utama Hairul Azreen (Hassan Munas) yang menggelar Fify Azmi (Zain Munas) sebagai Ariel Peterpan atau kini dikenali sebagai Ariel Noah.
 
Gelaran itu diberi sebagai apabila melihat wajah serta potongan rambut Zain tidak tumpah seperti Ariel.
 
Anda boleh lihat gambar perbandingan di bawah, sama tak?
 

Bagi anda yang belum saksikan Wira, bolehlah ambil kesempatan tonton filem tersebut hujung minggu ini.
 
Untuk rekod, Wira berkisarkan mengenai kisah seorang bekas tentera, Hassan yang dahulunya melarikan diri akibat tidak tahan dikawal tetapi kembali ke pangkuan keluarga untuk membela nasib mereka.
 
Biarpun nekad untuk tidak lagi berlawan, Hassan walaubagaimanapun terpaksa bertarung demi melangsaikan hutang adiknya.
 
Filem yang menaruhkan aksi mempertahankan diri ini dibintangi oleh Hairul Azreen, Fify Azmi, Hilal Azman, Henley Hii dan Josiah Hogan.
 
Istimewanya filem ini, ia turut menampilkan pelakon Indonesia Yayan Ruhian dan Ismi Melinda, manakala pengarah popular, Dain Said juga tampil melakonkan watak antagonis bagi filem ini.
 
Wira diterbitkan hasil kerjasama Multimedia Entertainment, ACT 2 Pictures, Golden Screen Cinemas, Astro Shaw dan Primeworks Studios.
 


Norlida Ishak Shop