Expired : 18.06.18

Mulai 1 Januari 2020 perokok ingkar dipenjara 2 tahun, denda RM10,000

TIADA lagi kompromi dan nasihat.


Penguatkuasaan undang-undang terhadap perokok yang ingkar akan dikuatkuasakan sepenuhnya di semua premis makanan akan bermula 1 Januari tahun depan.


Jika gagal mematuhi larangan tersebut, perokok boleh didakwa di mahkamah jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM10,000 atau dipenjarakan sehingga dua tahun.


Menteri Kasihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, sehingga kini, pihaknya sedang giat menjalankan penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan selain menekankan aspek pendidikan dalam isu berkenaan.


“Sebanyak 146,607 premis makanan diperiksa dan 31,422 notis amaran dikeluarkan. Dari jumlah tersebut, sebanyak 27,759 buah premis telah diberikan amaran kerana gagal meletakkan tanda larangan merokok serta 3,889 notis dikeluarkan bagi orang yang didapati merokok di kawasan kedai makan.


“Sejumlah 23,805 aduan pula diterima semenjak Januari 2019 sehingga 3 November 2019,” katanya semasa menjawab soalan Ahli Parlimen Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) di waktu pertanyaan menteri di Parlimen hari ini.


Selain itu, mulai 1 Januari juga, perbuatan merokok wajib dilakukan di luar jarak 3 meter atau kira-kira 10 kaki dari setiap premis berkenaan.


Sementara itu, Dr Dzulkefly berkata, kementeriannya sudah mengadakan sesi perbincangan bersama pihak Kementerian Pendidikan bagi membincangkan strategi dan langkah untuk memastikan masalah penggunaan rokok elektronik atau vape dalam kalangan pelajar sekolah dapat dibendung.


“Antara langkah yang dijalankan ialah aktiviti penguatkuasaan terhadap penjualan rokok elektronik mengandungi cecair nikotin dan penggunaan rokok elektronik kalangan mereka yang berumur 18 tahun dan ke bawah.


Di bawah peruntukan Akta Racun 1952, Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia menjalankan tindakan penguatkuasaan di seluruh negara pada 20 Ogos dan 31 Oktober 2019.


Penguatkuasaan ini menumpukan kedai-kedai penjualan rokok elektronik atau vape berhampiran sekolah serta yang menjadi akses kepada pelajar seperti di kedai-kedai runcit, kedai gajet dan kedai peralatan rokok elektronik.


The post Mulai 1 Januari 2020 perokok ingkar dipenjara 2 tahun, denda RM10,000 appeared first on NewMalaysianPost.com.


Norlida Ishak Shop