Expired : 18.06.18

Mulai Hari Ini, Anda Boleh Pre-Order HUAWEI P40, MatePad Pro & Watch GT 2e Untuk Jadi Teman Setia

Tahukah anda HUAWEI baru sahaja selesai melancarkan produk-produk terbaru mereka yang pastinya akan membuatkan anda gatal tangan? Bukan satu bukan dua, tetapi 3 produk HUAWEI di bawah kini telah tiba di Malaysia. Ketiga-tiganya adalah yang tercanggih, terkini dan berbaloi-berbaloi untuk dimiliki.


HUAWEI P40 Series – Terbaik Untuk Fotografi, Terbaik Untuk Rangkaian


Hadir dengan 3 pilihan iaitu Huawei P40 dan Huawei P40 Pro, kualiti gambar yang ditangkap menggunakan peranti-peranti ini dijamin awesome.


huawei p40
huawei p40
huawei p40
huawei p40 pro
huawei p40 pro
huawei p40

Sebagai contoh, Huawei P40 Pro hadir dengan kamera utama 50-megapixel yang turut dilengkapkan dengan sensor 40MP (ultra-lebar) + 12MP telefoto + sensor suhu pencahayaan dan juga sensor ToF.


Untuk rakaman swafoto, ia menyertakan kamera utama 32-megapixel, dilengkapi sensor untuk rakaman bokeh, dan juga sensor IR untuk nyah-kunci berasaskan wajah. Power kan?


Huawei P40 Pro


Huawei P40 / P40 Pro


Cerita banyak tak guna, jom kita tengok beberapa contoh gambar yang diambil menggunakan HUAWEI P40 Series ini:-


huawei p40 huawei p40 huawei p40 huawei p40 huawei p40


Lagi best, HUAWEI P40 Series ini hadir dengan 4 pilihan warna yang menawan iaitu Deep Sea Blue, Black, Blush Gold dan Silver Frost. Pilih je mana-mana yang sesuai dengan personaliti anda. Last but not least, harga HUAWEI P40 Series ini memang menjadikan ia sebuah telefon pintar yang amat berbaloi untuk dimiliki:-


HUAWEI P40 RM 2,799 (P40)

HUAWEI P40 Pro – RM3,899


Telah pun dilancarkan semalam (2 April), anda boleh mula melakukan pre-order di SINI dan membawa pulang hadiah PERCUMA bernilai lebih RM1,300 termasuklah HUAWEI Freebuds 3, 50GB simpanan awan, 1 tahun jaminan tambahan, 1 bulan perlindungan skrin, 3 bulan langganan percuma untuk HUAWEI Video, wireless charging case untuk P40 dan wireless car supercharge untuk P40 Pro.



HUAWEI MatePad Pro –Peneman Setia Anda


Kehidupan anda pasti lebih ceria apabila anda memiliki tablet HUAWEI MatePad Pro ini. Dijual pada harga RM2,399 dengan 8GB RAM + 256GB ROM + WiFi, tablet ini hadir dengan 2 pilihan warna iaitu Midnight Grey dan Pearl White.


Huawei MatePad Pro

Huawei Matepad Pro


Kalau anda kaki layan NetFlix, HUAWEI MatePad Pro adalah pilihan terbaik kerana skrinnya adalah sebesar 10.8 inci. Confirm rasa macam dalam wayang!!!


Huawei MatePad Screen to Body Ratio


Sekiranya anda melakukan pre-order di SINI, maka anda akan turut sama membawa pulang hadiah PERCUMA bernilai RM1,000 termasuklah papan kekunci, M-Pen dan 3 bulan langganan percuma untuk HUAWEI Video. Jadi tunggu apa lagi?


HUAWEI Watch GT 2e – Direka Untuk Si Muda & Si Bergaya


Huawei Watch GT2e


Gaya anda sebagai seorang generasi muda tidak akan lengkap sekiranya tidak memiliki HUAWEI Watch GT 2e ini, lebih-lebih lagi sekiranya anda seorang yang aktif bersukan.



Dengan lebih 100 pilihan senaman dan juga fungsi ‘health tracking’ yang telah ditambah baik, jam tangan pintar ini memberikan anda bateri yang bertahan sehingga 2 minggu. Harganya? Cuma RM599 sahaja.


Sekiranya anda melakukan pre-order di SINI, anda akan memperolehi tali untuk HUAWEI Watch GT 2e secara percuma yang bernilai RM68. Makin bergayalah anda lepas ini!


HUAWEI AppGallery – Kini Hadir Dengan Applikasi Yang Sering Digunakan oleh Rakyat Malaysia



Netflix, Facebook, Whatsapp, Instagram, Lazada dan banyak lagi applikasi yang kita selaku rakyat Malaysia gunakan setiap hari sudah pun berada di dalam HUAWEI AppGallery.


Makin senanglah lepas ini untuk anda bersosial bersama kawan-kawan tercinta. Lagi best, AppGallery ini diperkasakan dengan 4 lapisan perlindungan yang telah pun diperakui oleh piawaian antarabangsa. Jadi tak perlu risau lah kena hack ke apa ke. Maklumat lanjut anda boleh ushar App Gallery .


HUAWEI Video



Untuk anda yang membeli HUAWEI P40 Series dan MatePad Pro, anda akan menikmati langgan percuma HUAWEI Video selama 3 bulan. Bukan itu sahaja, untuk pengguna HUAWEI yang sedia ada, anda boleh menikmati perkhidmatan ini secara PERCUMA selama sebulan sepanjang Movement Control Order (MCO) ini. Tak adalah bosan sangat terperuk dalam rumah tue kan?


Macam Mana Pre-Order?


Huawei P40 Specs


Bermula hari ini (3 April) tepat jam 10.08 pagi, anda sudah mula melakukan tempahan awal untuk ketiga-tiga produk yang telah kami kongsikan di atas. Penghantaran pula akan bermula pada 11 April kelak. Siapa cepat tempah, lagi cepatlah dia dapat. Di bawah ini kami sertakan pautan rasmi untuk anda melakukan pre-order.
















HUAWEI Malaysia’s Online Platforms
HUAWEI online shop https://shop.huawei.com/my/april2020-new-launches.html
HUAWEI Flagship Lazada store http://bit.ly/2yppbqJ























HUAWEI Malaysia’s Partners
Celcom Store – Pre-Orders for P40 https://shop.celcom.com.my/device-detail/huawei-p40
Celcom Store – Pre-Orders for P40 Pro https://shop.celcom.com.my/device-detail/huawei-p40-pro
Senheng https://bit.ly/2xIl6xe
SenQ https://bit.ly/2xDg8lG

Jadi tunggu apa lagi? Maklumat lanjut layari LAMAN RASMI HUAWEI