Expired : 18.06.18

Mungkin Nak Kekal Relevan, Amyza Aznan Kongsi 6 Bahagian Wajah Yang Perlu ‘Inject’…Biar Betul?

Bagi setiap individu bergelar selebriti, tidak dinafikan untuk sentiasa mengekalkan populariti bukan satu perkara mudah.


Tambahan lagi dengan kehadiran bintang baru yang silih berganti, ia turut mendorong persaingan sihat sesama selebriti.


Baru-baru ini, pelakon dan pelawak Amyza Aznan ada berkongsi pengalaman dan realiti dunia artis menerusi akaun Instagram miliknya.


Betul la kut…. dlm industry ni, nak kekal relevant,banyak job sana sini,duta sana sini, jadi founder sana sini, emcee sana sini, show sana sini, kawan2 ckp kita kena enjit muka. ….lps tu kawan cakap nanti kita akan bnyk kembar seiras sehiris… so.. yg pertama dia kata;


“1-kita kena enjit muka, or tarik benang. ( apa tu tarik benang? Sama macam tarik rambut dlm tepung ke?) 2-enjit buat batang kt hidung, and potong bunga kt idong( i ada batang idong… nk enjit batang apa lagi,potong bunga kat laman rumah pon x hbs2 lg 3-,enjit bibir bg tebal(dh tebal dh bibior ni)


“4-enjit dagu, ( cukup panjang dah,nak pa lnjang macam witch ke?) 5-enjit tulang pipi bg nmpk cengkung..(hmm… tulang pipi ni mmg tinggi, nak tinggi mana lg)6- pastu pegi enjit bulu mata dia kata. bulu mata yg kalau hempas kt lantai pon tak pecah. Eh…tu pinggan pojiah gous la Ahhhhh enjit enjit semut hantu kak limah lagi bagus. Helok je muka dia collect jota2,” tulisnya.


https://www.instagram.com/p/BzSds44lAF_HcUauVuX6h3POCMRBlHjFUCuMOg0/


Dalam pada itu, ramai yang bersetuju dengan kata-kata yang dikongi oleh pelakon berusia 42 tahun itu.



Untuk rekod, Amyza telah menceburi dunia lakonan pada tahun 1995 dan dia semakin dikenali menerusi drama bersiri Mat Despatch yang disiarkan pada tahun 1998.


Foto : Instagram Amyza Aznan


Apa Kata Anda


Norlida Ishak Shop