Expired : 18.06.18

Musa Aman didakwa petang ini





PUTRAJAYA, 27 Safar 1440H, Isnin – Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini untuk menghadapi pendakwaan.


SPRM dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya telah mendapat izin untuk mendakwa Musa, yang ditahan di ibu pejabat suruhanjaya itu di sini pada pukul 10.05 pagi, daripada Pejabat Peguam Negara.


“Susulan itu, Musa akan menghadapi beberapa pertuduhan mengikut Akta Pencegahan Rasuah (APR) 1997,” kata SPRM.


SPRM berkata Musa akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pukul 2.00 petang ini untuk pertuduhan itu. – Bernama



The post Musa Aman didakwa petang ini appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop