Expired : 18.06.18

Musim tengkujuh: Orang ramai dinasihat tidak buat pembelian panik

RANTAU PANJANG, 22 Rabiulawal 1440H, Jumaat – Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat pembelian panik bagi menghadapi musim tengkujuh.


Ketua Seksyen Kepengunaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri, Muhammad Hanif Ahmad berkata, bekalan barangan keperluan sepanjang tempoh musim tengkujuh kali ini dijamin mencukupi dan mampu memenuhi permintaan rakyat.


Beliau berkata, pihaknya sudah mengadakan pertemuan dengan pemborong dan pembekal di negeri ini bagi memastikan stok bekalan mampu menampung permintaan masyarakat.


“Jadi nasihat saya, jangan membuat pembelian panik. Simpanan stok kita cukup untuk memenuhi permintaan sepanjang musim banjir tahun ini.



“Pembekal dan pemborong sudah memberikan jaminan untuk menghantar bekalan makanan sekiranya diperlukan,” katanya seperti dilapor akhbar tempatan.


Beliau berkata demikan kepada pemberita pada Majlis Perasmian Kempen Harga Patut (KHP) Negeri Kelantan 2018 di Perkarangan Pantai Timur Mart, Lubok Jong di sini hari ini.


The post Musim tengkujuh: Orang ramai dinasihat tidak buat pembelian panik appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop