Expired : 18.06.18

Muslimat PAS Kalabakan edar 200 sarapan mangsa banjir

Oleh : Dayana Damsah

22 Ogos 2019


KALABAKAN : Sebanyak 200 bungkus nasi kuning telah diedar kepada mangsa banjir Kampung Pasir Putih, Tawau oleh muslimat PAS Kalabakan pagi semalam


Edaran ini dianjurkan oleh Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Kalabakan yang merupakan program susulan selepas bantuan pertama yang telah dilaksanakan sebelum ini.



Ketua Lajnah Kebajikan, Irma Khalid berkata semasa proses pengagihan makanan dilakukan, ramai mangsa kelihatan masih bersedih kerana mengalami banyak kerugian akibat banjir kilat yang berlaku. Pakaian, perabut, kelengkapan sekolah, barangan elektrik serta kenderaan turut mengalami kerosakan yang teruk.


“Edaran sarapan ini merupakan salah satu usaha meringankan beban mangsa yang masih belum ada peralatan memasak yang lengkap kesan daripada banjir”. Kata Irma lagi.



Tinjauan mendapati penduduk sekitar masih sibuk membersihkan kawasan rumah yang dipenuhi lumpur kesan daripada banjir.


Turut hadir melakukan pengagihan ini adalah Yang DiPertua dan Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Kalabakan, Ahmad Dullah dan Usman Madeaming serta Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Kalabakan, Norjanah Jam Jam.


The post Muslimat PAS Kalabakan edar 200 sarapan mangsa banjir appeared first on Berita Parti Islam Se Malaysia (PAS).


Norlida Ishak Shop