Expired : 18.06.18

Muslimat PAS Silam tampil serah sumbangan

3


20 Oktober 2019

Sopiah Abdillah


KUNAK : Muslimat PAS Silam tampil serah barangan sumbangan orang ramai yang telah dikumpul sejak 3 minggu yang lalu kepada mangsa kebakaran Kg.Jaya disini semalam.


Kebakaran yang melibatkan 3 buah rumah telah menyebabkan 4 buah keluarga kehilangan tempat berteduh pada 27 September lalu. Sumbangan diberikan demi mengurangkan beban mangsa.


Timbalan Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Silam (LKKDMPS), Rahmah Mustaming bersama-sama ahli muslimat yang lain menyerahkan sumbangan kepada 4 keluarga iaitu Maria , Mohd Al Hafiz Murpi, Awang Jamil dan Hamzah yang menyewa dibahagian bawah rumah Maria turut terlibat dalam kebakaran tersebut.


Turut hadir menyampaikan sumbangan yang berbentuk wang tunai dan pakaian hasil sumbangan orang ramai adalah Naib YDP PAS Kawasan Silam, Kasman Karate dan Ketua Lajnah Penerangan Dan Media Baharu Dewan Muslimat PAS Silam (LPMBDMPS), Nurfarah Ain Juprey.


Muslimat PAS Silam dan keluarga mangsa mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga Kunak khususnya Jemaah Ibubapa (JIBG) PASTI yang pertama menyumbang sejak LKKDMPS melancarkan tabung kebakaran. Muslimat PAS Silam berharap agar masyarakat terus cakna dengan bencana seperti ini.


The post Muslimat PAS Silam tampil serah sumbangan appeared first on Berita Parti Islam Se Malaysia (PAS).


Norlida Ishak Shop