v Nadi Selangor by Roslan SMS – ADUN PAN Selangor Dipecat Keahlian Parti
Expired : 18.06.18

Nadi Selangor by Roslan SMS – ADUN PAN Selangor Dipecat Keahlian Parti

Pihak Parti Pan telah mengeluarkan kenyataan sebentar tadi memecat keahlian ADUN nya Kawasan Sabak iaitu Sdr. Ahmad Mustain bin Othman.

Ini bermakna Ahmad Mustain akan menjadi wakil Bebas sementara menunggu keputusannya untuk menyertai mana-mana parti blok pembangkang atau kekal dengan status ADUN Bebas.

Ini juga bermakna kerajaan Negeri Pakatan Harapan kekurangan satu lagi kerusi iaitu dari 41 sebelumnya ke 40 setelah Mustain tersingkir manakala blok pembangkang akan menokok satu kerusi dari 15 sebelum ini ke 16.

Perkembangan ini menunjukkan bahawa sokongan Kerajaan Negeri semakin merosot malah mengikut perkhabaran ada beberapa ADUN lagi akan turut keluar dari PH. Selain Sabak, terdapat seorang lagi ADUN PAN dijangka menurut langkahnya selain beberapa ADUN PKR pro Azmin yang difahamkan sudah bersedia bila – bila masa untuk lari meninggalkan PH.

JIka ini berlaku masih mampukah PH kekal berkuasa di Selangor.Barangkali sudah sampai masanya buat MB Selangor menimbangkan untuk membubarkan Dewan bagi mendapat mandat baru atau wakil PH mungkin perlu membawa usul undi percaya bagi meyakinkan rakyat yang MB masih menerima kepercayaan ahli-ahli Dewan.

Mungkinkah Selangor berubah tangan setelah Kedah?

Tuan Hj Roslan Shahir Dato Mohd Shahir
Setiausaha
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

7 Zulhijjah 1441H | 28 Julai 2020

#PASSelangor

#BersamaMembawaSejahtera

#IslamMemimpinPerpaduan

The post Nadi Selangor by Roslan SMS – ADUN PAN Selangor Dipecat Keahlian Parti appeared first on Berita Parti Islam Se Malaysia (PAS).