v Nadia Brian Terseliuh Di Set Penggambaran, Terpaksa Bergerak Guna Kerusi Roda
Expired : 18.06.18

Nadia Brian Terseliuh Di Set Penggambaran, Terpaksa Bergerak Guna Kerusi Roda

Mendedahkan dirinya mengalami kecederaan pada bahagian kaki ketika sedang mengikuti penggambaran sebuah drama di Pekan, Pahang semalam, pelakon Nadia Brian akui kaki kirinya terseliuh akibat terjatuh ketika bermain badminton dalam satu insiden yang berlaku kira-kira pukul 6 petang.

nadia brian terseliuh

Menurutnya, sedang menunggu giliran untuk babak seterusnya, beliau mengambil pendekatan untuk bermain badminton. Namun, malang tidak berbau, ketika melompat, Nadia dikhabarkan terjatuh sekali gus menyebabkan kakinya terseliuh.

“Kaki saya terus bengkak bertukar warna biru. Itu yang saya terus dibawa ke klinik berhampiran bagi mendapatkan rawatan,