Expired : 18.06.18

Nadya Syahera Rindu Jadi Jahat




Kamaruddin Razal



Hiburan

Nadya Syahera Rindu Jadi Jahat
Pelakon Nadya Syahera mengakui rindu untuk membawakan watak antagonis.

Mula dikenali dengan drama bersiri Dia Semanis Honey dan Abang Bomba I Love You, nama Nadya sinonim dengan karakter jahat.

"Saya rasa puas dapat melakonkan karakter antagonis kerana dapat menonjolkan bakat lakonan dalam watak terbabit. Respon yang saya dapat dari penonton juga baik.

"Sejujurnya, saya rindu mahu membawakan watak jahat. Insya-Allah jika berkesempatan, saya mahu membawa watak antagonis lagi," kata Nadya.
 




Kini tampil menerusi watak Kak Milah dalam drama bersiri Setelah Terlafaznya Akad (STA), Nadya membawakan watak seorang wanita yang kecoh.

"Kak Milah suka berceloteh dan kecoh. Watak ini sangat dekat dengan hati saya dan saya gembira menjayakannya. Saya juga mendapat respon yang baik dari penonton menerusi karakter ini.

"Saya berharap peminat dapat menyokong drama STA ini hingga ke episod akhir kerana jalan cerita yang dipaparkan sangat menarik," katanya lagi.

Drama bersiri arahan Michael Ang ini merupakan adaptasi novel judul sama karya hebat penulis Ana Milia.

Selain Nadya, drama bersiri ini turut dibintangi oleh Kamal Adli, Uqasha Senrose, Zul Helmy, Zeera Azizi, Alif Muhaimin, Erwin Dawson, Sharifah Shahora dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan drama bersiri Setelah Terlafaznya Akad setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Gunakan hashtag #SetelahTerlafaznyaAkad untuk berinteraksi mengenai drama bersiri ini di laman sosial anda!


Norlida Ishak Shop