Expired : 18.06.18

Nafi punca jerebu, Sarawak saran Indonesia cari kebenaran

Datuk Amar Douglas Uggah Embas menafikan jerebu berpunca dari Sarawak yang sememangnya terkesan dengan pencemaran terbabit. — Foto Bernama
Datuk Amar Douglas Uggah Embas menafikan jerebu berpunca dari Sarawak yang sememangnya terkesan dengan pencemaran terbabit. — Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 11 Sept — Kerajaan Indonesia sekali lagi menafikan menjadi punca berlakunya jerebu di Malaysia.

Menteri alam sekitar dan perhutanan republik itu berkata bukan semua jerebu di negara ini berpunca dari negara mereka, lapor Tempo.


“Terdapat maklumat yang disembunyikan. Jerebu yang ke Kuala Lumpur datang dari Sarawak, dari Semenanjung Malaysia ada juga dari Barat Kalimantan.


“Kerajaan Malaysia perlu objektif dalam memberikan penjelasan,” kata Siti Nurbaya Bakar.


Sementara itu, kerajaan Sarawak menafikan jerebu berpunca dari negeri itu yang sememangnya terkesan dengan pencemaran terbabit.


Timbalan ketua menteri berkata Sarawak menjadi mangsa pencemaran udara rentas sempadan yang datang dari Barat Kalimantan.


“Saya minta beliau [menteri] mendapatkan maklumat tepat dari Pusat Meteorologi Asean yang mengesan pergerakan jerebu,” kata Datuk Amar Douglas Uggah Embas.


Beliau berkata jerebu yang melanda Semenanjung Malaysia adalah berpunca daripada kebakaran hutan di Sumatera.


Katanya, banyak bintik panas dikesan dari Sumatera dan Barat Kalimantan.


Baca seterusnya di Malay Mail.


Norlida Ishak Shop