Expired : 18.06.18

‘Najib boleh buat surat mohon keluar wang daripada akaun dibeku’


BANGI, 28 Syawal 1439H, Khamis – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin menolak dakwaan Datuk Seri Najib Razak, kononnya kerajaan Pakatan Harapan bersifat zalim apabila membekukan akaun bank bekas Perdana Menteri itu.


Hanipa berkata, sekiranya Najib memerlukan wang bagi menyelesaikan isu pembayaran bil perubatan anaknya, beliau boleh mengarahkan peguamnya menulis surat untuk mengeluarkan sejumlah wang dari akaun yang dibeku.


Ahli Parlimen Sepang itu berkata, Najib juga boleh menghantar terus surat kepadanya, dan beliau akan cuba membincangkan perkara itu dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


“Dimaklumkan anak bekas Perdana Menteri mengidap kanser dan menghadapi masalah dalam pembayaran bil kemoterapi kerana akaun dibekukan.


“Jika benar apa yang dilaporkan, saya rasa tidak ada masalah untuk Najib arahkan peguam menulis kepada pihak yang berkenaan bagi keluarkan sejumlah wang dari akaun yang dibekukan itu untuk tujuan pembayaran bil,” katanya seperti dilapor media tempatan.


Najib semalam meluahkan kekesalan dengan tindakan kerajaan membekukan akaun peribadinya termasuk akaun bank anak dan cucunya.


Dakwa Najib, akaun bank beliau untuk menerima elaun sebagai wakil rakyat dan pencen Menteri Besar, juga dibekukan sejak minggu lalu.


Katanya, perbuatan membekukan akaun bank itu adalah tidak wajar, dan beliau menganggap ianya sebagai satu tindakan ‘draconian’ atau menindas oleh kerajaan hari ini.






The post ‘Najib boleh buat surat mohon keluar wang daripada akaun dibeku’ appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop