Expired : 18.06.18

Najib Buat Permohonan Untuk Melarang Media Ulas kes Yang Berkaitan Dengan Nya,Ini Jawapan Balas Pihak Makamah Yang Mengejutkan

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Mohd Ghazali menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan perintah melarang media dan orang awam daripada membincangkan merit kesnya.Sebaliknya, Hakim Nazlan berkata undang-undang menghina mahkamah dan memfitnah boleh digunakan.


“Permohonan ditolak dan melanggar kebebasan bersuara. Justeru, permohonan itu ditolak, katanya.


Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata beliau akan memfailkan rayuan berhubung keputusan itu.





Permohonan Halang Laporan Media Kes Najib Mahkamah tinggi Kuala Lumpur akan men


Permohonan Halang Laporan Media Kes NajibMahkamah tinggi Kuala Lumpur akan mendengar permohonan perintah larangan yang menghalang media daripada melaporkan kes pecah amanah dan salah guna kedudukan yang di hadapi oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.Untuk butirannya, kita bersama wartawan Nurul Amalina Zainudin yang kini sedia di lokasi.


Posted by Buletin TV3 on Thursday, 9 August 2018



Sumber: Mkini


Terdahulu…Kes Najib, mahkamah keluar perintah larangan sementara media


KUALA LUMPUR 18 AUGUST 2014. Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah mengadakan sidang media berikutan penyiaran portal The Malaysian Insider yang menyiarkan artikel berbaur fitnah yang bertajuk “UMNO Linked Firm Frontrunner Bidding To Manage Fuel Subsidies”. NSTP/ Asyraf Hamzah

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, membenarkan perintah larangan sementara bagi menghalang media daripada melaporkan berhubung merit kes pecah amanah dan menyalahgunakan kedudukan yang dihadapi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.


Hakim Datuk Mohd Sofian Abdul Razak membuat keputusan itu selepas selesai mendengar hujah peguam, Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib dan Peguam Negara, Tommy Thomas.


Mahkamah memerintahkan perintah itu berjalan sehingga 8 Oktober sebelum Muhammad Shafee membuat permohonan rasmi berhubung isu itu pada tarikh sama.


Terdahulu, Muhammad Shafee mengemukakan permohonan itu atas alasan anak gumanya menghadapi ‘perbicaraan’ oleh media sejak beliau bukan lagi Perdana Menteri.


“Orang awam membuat kenyataan seolah-olah Najib sudah didapati bersalah. Saya memohon mahkamah mengeluarkan perintah supaya tiada perbincangan di media berhubung merit kes itu.


“Perintah menghalang ini perlu bagi memastikan anak guam saya mendapat perbicaraan adil. Ia juga bagi mengawal penyebaran dokumen mahkamah dan merit kes sehingga boleh menyebabkan ketidakseimbangan dalam perbicaraan,” katanya.


Sementara itu, Thomas membantah kerana permohonan seumpama itu belum pernah dikemukakan sebelum ini dan ia menafikan kebebasan bersuara rakyat Malaysia.


Sumber: Bharian


Norlida Ishak Shop