Expired : 18.06.18

Najib Dedah PH Guna Sembilan Isu Serang Tok Mat

REMBAU 10 April – Datuk Seri Mohamad Hasan diminta supaya berwaspada dengan sembilan isu yang akan digunakan Pakatan Harapan (PH) bagi menyerangnya sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.


Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan, beliau mendapat maklumat bahawa pihak lawan akan menggunakan taktik tersebut terhadap calon Barisan Nasional (BN) berkenaan.


“Tok Mat (Mohamad) sudah kena attack (serang), jaga-jaga ada sembilan isu mereka nak ‘tembak’. PH ini sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14, salahkan BN, selepas PRU-14 pun salahkan BN,” katanya ketika berucap dalam Program Bossku Bersama Rakyat di Kampung Kanchong, Rantau di sini malam tadi.



Najib yang juga bekas Perdana Menteri bagaimanapun, tidak memperincikan sembilan isu yang dimaksudkannya.


Sementara itu, menjawab serangan PH berhubung kekayaan Tok Mat, Ahli Parlimen Pekan itu berkata, penyandang kerusi DUN Rantau itu adalah bekas ahli perniagaan berjaya yang sudah tentu mempunyai harta.


“Beliau dulu tokoh korporat peringkat Asia, jadi CEO (ketua pegawai eksekutif) adalah harta sikit. Apa salah beliau beli satu, dua apartmen.


“Anak orang lain tu ada harta berbilion-bilion ringgit. Yang cakap bukan saya tapi Presiden PKR sendiri,” katanya.


Beliau berkata, Tok Mat terbukti calon yang lebih berbanding calon PH, Dr. S. Streram dan perlu dipilih menjadi wakil rakyat untu meneruskan pembangunan di Rantau. – UTUSAN ONLINE


Norlida Ishak Shop