Expired : 18.06.18

Najib hairan 2 pemimpin DAP belum diambil tindakan


BANGI, 9 Muharram 1441H, Isnin – Datuk Seri Najib Razak hairan kerana masih tiada tindakan diambil oleh polis terhadap dua pemimpin rasis DAP yang mengeluarkan kenyataan mengguris hati orang Islam meskipun kerajaan PH memberi amaran untuk tidak bermain dengan sentimen perkauman.


“Kalau tidak, polis akan tangkap. Tapi saya tak tengok ada apa tindakan pernah diambil apabila Timbalan Speaker Parlimen, Nga Kor Ming gelar Penyatuan Ummah sebagai Taliban awal tahun ini.


“Sampai sekarang, Kor Ming masih enggan meminta maaf. Saya juga tengok langsung tak ada tindakan terhadap Lim Guan Eng juga apabila dia mengeluarkan kenyataan bahawa Penyatuan Ummah menandakan pengisytiharan perang terhadap kaum bukan muslim pula.


“Polis kata mereka menerima banyak laporan terhadap Guan Eng dan mereka akan panggil dia untuk siasatan dalam masa terdekat. Tapi sehingga kini, Guan Eng tak pernah dipanggil,” tulis bekas Perdana Menteri itu di Facebook hari ini.


Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, Guan Eng enggan memohon maaf, walaupun dia menarik balik dan mengubah kenyataan secara senyap.


“Saya nak tanya. Pihak mana yang sebenarnya sering main sentimen perkauman dan kenapa langsung tidak ada tindakan pernah diambil terhadap mereka?” soal Najib.


Mac lalu, polis memaklumkan sudah membuka kertas siasatan berhubung kenyataan Guan Eng mengenai kerjasama UMNO dan PAS yang didakwa berunsur hasutan.


Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, siasatan sudah bermula sebaik sahaja polis menerima laporan pertama mengenai kes berkenaan.


Terdahulu, sebuah portal berita melaporkan kenyataan Setiausaha Agung DAP yang menyifatkan kerjasama antara UMNO dan PAS sebagai satu ‘pengisytiharan perang’ kepada masyarakat bukan Melayu. Kenyataan itu bagaimanapun ditukar dengan penukaran frasa ‘pengisytiharan perang’ yang diubah kepada ‘menyasarkan’.


Sementara, Kor Ming dalam satu majlis di Taiping, Perak dilaporkan berkata, kerjasama UMNO dan PAS akan menjadikan negara seperti Afghanistan yang diperintah Taliban sekiranya kedua-dua parti berkenaan berjaya membentuk kerajaan sekali gus memecah-belahkan rakyat.


The post Najib hairan 2 pemimpin DAP belum diambil tindakan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop