Expired : 18.06.18

Najib Razak Ke Pasar Keramat Dan Nampak Mukanya Berubah Bila Berborak Dengan Peniaga Ayam Disitu

Rakaman Najib Razak Ke Pasar Keramat. Nampak Muka Najib Razak Berubah Bila Berborak Dengan Peniaga Ayam Disitu. Telur Pun Dia Tengok Dan Terkejut Juga


Bila harga barang nak turun?


Peniaga mengadu harga barang naik ketika kunjungan Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Pasar Datuk Keramat hari ini.


Najib yang tiba di pasar berkenaan kira-kira pukul 8.20 pagi menghabiskan kira-kira sejam meninjau barangan dan bertemu peniaga serta bersarapan dengan penduduk


Kehadiran mengejut itu bagi mendapatkan reaksi rakyat tentang harga barangan yang dijual kini susulan pengumuman penurunan harga minyak dan diesel oleh kerajaan.


Najib turun padang tinjau harga barang


“Minyak turun tapi harga ayam naik. Sebelum ini boleh dapat RM7.50 sekilo tapi sekarang RM8.50.”


Itu antara rungutan yang diadukan peniaga Pasar Datuk Keramat, di sini, ketika menerima kunjungan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini.


Najib yang tiba di pasar berkenaan kira-kira pukul 8.20 pagi menghabiskan masa kira-kira sejam meninjau barangan dan bertemu peniaga serta bersarapan dengan penduduk.


Kehadiran mengejut itu bagi mendapatkan reaksi rakyat tentang harga barangan yang dijual kini susulan pengumuman penurunan harga minyak dan diesel oleh kerajaan.


NAJIB RAZAK DI GERAI DAGING



Najib berkata, hasil tinjauan mendapati rakyat masih berdepan dengan kenaikan harga barang meliputi telur, ikan, sotong dan ayam.


“Hampir semua saya jumpa mengadu mengenai kenaikan harga barang ini.


“Nampaknya rata-rata rakyat berasa tertekan dengan kenaikan harga barang dan penjaja merasakan perniagaan tak selaris dulu.


“Mungkin ni disebabkan bantuan kepada rakyat dikurangkan sebab ekonomi dan sebagainya,” katanya ditemui pemberita selepas tinjauan berkenaan, hari ini.


Jumaat lalu kerajaan mengumumkan harga kesemua bahan api turun bermula tengah malam semalam.


Harga runcit petrol RON97 diturunkan dari RM2.50 seliter kepada RM2.23 seliter.


Harga baharu RON95 pula diturunkan dari RM2.20 seliter kepada RM1.93 seliter.


Sementara, diesel pula diturunkan dari RM2.18 seliter kepada RM2.04 seliter.


Rakaman Najib Razak Di Pasar Keramat

Sumber Artikel: Sinar Harian


Norlida Ishak Shop