Expired : 18.06.18

Najib sindir Dr Maszlee isu skim baucar buku


BANGI, 2 Rabiulawal 1440H, Sabtu – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyelar Dr Maszlee Malik berhubung kenyataan beliau berkaitan skim baucar buku yang dikeluarkan Menteri Pendidikan itu hari ini.


Menerusi kenyataan di Facebook, Najib menyindir Dr Maszlee yang menyatakan skim baucar buku itu sebagai salah satu perjuangan beliau untuk mahasiswa.


“U-turn ni. Berani juga dia cakap, ‘skim baucar buku salah satu perjuangan saya buat mahasiswa’. Dia yang buat Bajet, dia yang tak suka, dia yang nak tukar sekarang.


“Tak apa YB, ambillah kredit. Petiklah perjuangan, gunalah nama. Yang penting kebajikan mahasiswa dan mahasiswi terpelihara.


“Adakah ini juga bermakna Bajet 2019 tidak sah dan akan dibentang semula untuk kelulusan ahli Parlimen?,” kata Ahli Parlimen Pekan itu.


Terdahulu, Dr Maszlee dalam satu kenyataan hari ini berkata, Kementerian Kewangan bersetuju dengan cadangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya meneruskan skim bantuan baucar buku bagi mahasiswa.


Katanya, Kementerian Kewangan bersetuju melihat perkara berkenaan yang bertujuan membantu mengurangkan beban kewangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).


“Seperti saya telah menjanjikan sebelum ini, saya akan memastikan kebajikan mahasiswa dijaga. Skim baucar buku salah satu perjuangan saya buat mahasiswa,” kata Dr Maszlee.


Inisiatif pemberian baucar buku diperkenalkan pada Belanjawan 2012 oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan ketika itu, Datuk Seri Najib Razak.


Kerajaan ketika itu memperuntukkan sebanyak RM260 juta bagi melaksanakan inisiatif pemberian baucar buku berjumlah RM200.



The post Najib sindir Dr Maszlee isu skim baucar buku appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop