Expired : 18.06.18

Najib: Tempoh dua kali mengandung, rakyat belum lihat 'anak' PH

Datuk Seri Najib Razak bertanya adakah rakyat harus menunggu lebih lama untuk menikmati janji PH sebelum ini. ― Foto oleh Farhan Najib
Datuk Seri Najib Razak bertanya adakah rakyat harus menunggu lebih lama untuk menikmati janji PH sebelum ini. ― Foto oleh Farhan Najib

KUALA LUMPUR, 10 Nov — Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak terus mempersoalkan manifesto Pakatan Harapan (PH) menjelang pilihan raya kecil parlimen Tanjung Piai.

Datuk Seri Najib Razak semalam mendakwa tol Simpang Renggam masih beroperasi dan hari ini merungut manifesto PH yang belum tertunai.


Bekas presiden Umno bertanya adakah rakyat harus menunggu lebih lama untuk menikmati janji yang dinyatakan PH sebelum pilihan raya umum (PRU) lalu.


“Tarikh semalam 9 November2019. Genap 18 bulan sejak 9 Mei 2018. PH dah dua kali mengandung tanpa bersalin. Alasan dulu, ‘takkan hari ini kahwin, esok beranak?’.


“Alasan hari ini, ‘PH cuma bayi baru lahir. Bagi peluang. Rakyat perlu menderita 18 tahun lagi sehingga PH dewasa?” katanya di Twitter dan Facebook.


Bernama melaporkan Menteri Kewangan meminta rakyat bersabar sekaligus memberi peluang kepada PH mentadbir demi melunaskan janji yang dibuat.


“Kami berharap rakyat bersabar. Kami telah dipilih oleh rakyat, kami ada lima tahun... beri kami masa untuk menunaikan semua janji,” kata Lim Guan Eng di Kukup semalam.


Norlida Ishak Shop