v Nak Pilih SUPPLEMEN Bukan Ikut SELEBRITI, AHLI FARMASI Online Ini Kongsi SUPPLEMEN TERBAIK Untuk Anda
Expired : 18.06.18

Nak Pilih SUPPLEMEN Bukan Ikut SELEBRITI, AHLI FARMASI Online Ini Kongsi SUPPLEMEN TERBAIK Untuk Anda

Senangnya kita terpengaruh dengan produk yang dijual atas talian. Tambahan pula apabila duta produk adalah selebriti kegemaran anda. Tahukah anda terdapat satu servis di Malaysia yang membolehkan anda membeli supplemen mengikut keperluan tubuh? Harga supplemen pun murah, dan consultation boleh dibuat secara online atau melalui telefon sahaja!

Jika sebelum ini anda merungut susah dan ‘malas’ hendak ke farmasi untuk mendapatkan supplemen yang sudah habis, kita anda boleh mendapatkan supplemen diperlukan hanya dengan satu panggilan telefon atau boleh juga dihubungi secara online.

Tak perlu lagi beratur untuk membayar, keluar rumah dan memakai pelitup muka atau bersesak dalam kesesakan lalulintas. VITAMINE akan menjadi rakan karib anda selepas ini! Perkongsian daripada Pengasas Vitamine, PJ Lai pasti membuatkan anda terfikir untuk mula mendapatkan supplemen terbaik.

Apakah kebaikan vitamin atau supplemen asas yang anda perlu tahu?

MULTIVITAMIN + MINERAL
Ia mengandungi kesemua nutrient penting untuk kesihatan tubuh badan setiap hari. Bagi anda yang sukar mengikut pengambilan makanan secara sihat, inilah yang anda perlukan.

Multivitamin umpama polisi insuran, jaminan setiap hari untuk memastikan tubuh kita mendapat kesemua vitamin dan mineral yang diperlukan. Ia perlu untuk ‘top up’ sumber nutrisi yang tidak mencukupi dalam badan.

PROBIOTIK
Bakteria baik untuk sistem penghadaman anda. Mungkin anda biasa dengar probiotik untuk minuman kultur kan? Tetapi ia di datangkan dalam bentuk kapsul yang membantu ‘memecahkan’ makanan yang kita ambil setiap hari dalam bentuk lebih kecil. Mudahlah untuk diserap tubuh!

Terdapat juga kajian menunjukkan bahawa sistem penghadaman yang bagus akan memberikan sistem imunisasi yang lebih baik, mengurangkan depresi dan menurunkan berat badan. Berita baik ni!

ASID LEMAK OMEGA-3
Anda boleh mendapatkan vitamin ini melalui minyak ikan atau minyak flexseed. Omega-3 ini adalah sejenis nutrisi yang tidak boleh dihasilkan sendiri oleh tubuh. Jika anda tidak mendapatkan sekurang-kurangnya dua hidangan ikan dalam seminggu, anda sebenarnya tidak menerima nutrisi penting yang diperlukan tubuh.

Berita baik untuk anda kerana Vitamine, satu perkhidmatan penghantaran supplemen pertama di Malaysia yang diasaskan oleh PJ Lai memudahkan anda mendapatkan supplemen hanya di hujung jari. PJ Lai, yang juga seorang ahli farmasi memberikan tips yang sangat PENTING untuk anda ketahui.

  1. Sentiasa membuat pemeriksaan dengan pegawai kesihatan profesional sebelum mengambil supplemen.
  2. Jangan menganggap supplemen tidak memerlukan pemantauan daripada pegawai perubatan profesional.
  3. Sentiasa baca label cara pengambilan supplemen agar anda tidak overdose.
  4. Sesetengah supplemen sesuai diambil selepas makan, ada yang diambil ketika perut kosong.
  5. Kami di VITAMINE mencadangkan agar anda mengambil ujian pengambilan darah sebelum dan beberapa bulan selepas memulakan pengambilan supplemen.