Expired : 18.06.18

“Nak Tunjuk Leher Dah Ada Kan,”- Rakan Artis & Netizen Kagum Tranformasi Imej Syuk Balas, Makin Kacak Ok!

Pelawak dan penyampai radio, Syuk Balas ada memuat naik gambar terbarunya di Instagram.


Gambar tersebut memperlihatkan transformasi Syuk yang dilihat semakin kurus dan berketerampilan menarik.


Pemilik nama Shukri Sahar itu memberi tahu, dia sangat bersyukur kerana berat badannya kini sudah kembali normal.







“Cuba cari 3 perbezaan. Sebenarnya perbezaan tu lebih dari bentuk fizikal. Perbezaan dalaman lebih bertenaga, lebih fokus & lebih sihat & mak pon dah tak bebel sebab berat badan dah back to normal.


“Alhamdulillah dah tak selalu tertido dekat konti dah,” tulisnya


Tambah peserta Maharaja Lawak Mega 2018 ini, dia kini berasa lebih sihat, bertenaga dan fokus untuk melakukan rutin harian.



Di ruangan komen, rata-rata peminat kagum melihat perubahan ketara itu selain turut menyifatkan Shuk kini kelihatan lebih tampan.



Dalam pada itu, para selebriti juga tidak melepaskan peluang untuk mengusik penampilan terbaru pelawak tersebut.



Lain betul ye penampilan Shuk sekarang. Nampak lebih tampan dan kemas. Apa-apa pun syabas diucapkan kepada Shuk kerana berjaya menurunkan berat badannya itu.


Foto: Instagram Shuk Balas




Apa Kata Anda


Norlida Ishak Shop