Expired : 18.06.18

Nama disalah guna, Nana Mahazan berniaga produk sendiri

Pengacara Nana Mahazan berhenti mempromosikan produk pihak lain di laman Instagram kerana ada peniaga yang menyalahgunakan namanya. ― Foto ihsan Instagram/nanamahazan
Pengacara Nana Mahazan berhenti mempromosikan produk pihak lain di laman Instagram kerana ada peniaga yang menyalahgunakan namanya. ― Foto ihsan Instagram/nanamahazan

KUALA LUMPUR, 8 Sept ― Pengacara Nana Mahazan mengakui sudah empat tahun berhenti mempromosikan produk pihak lain di laman Instagram kerana tindakan segelintir peniaga menyalahgunakan namanya.

Nana, nama sebenar Nurul Hana Che Mahazan,36, berkata biarpun tidak meraih pendapatan lumayan melalui ulasan barang atau perkhidmatan, berniaga produk sendiri lebih menenangkan.


Kini sudah setahun ibu kepada dua anak itu memiliki produk kecantikan sendiri seperti berus solekan, bedak asas, gincu dan pembersih mekap, lapor Berita Harian.


“Saya sukakan benda yang cantik dan berkualiti. Jadi, kenapa tidak saya berkongsi dengan pengguna lain? Produk saya ini boleh didapati di portal e-niaga Cantix,” katanya.


Bekas penyampai radio Era itu mendakwa sebelum ini ada pihak menggunakan nama dan gambarnya untuk dijadikan sebagai iklan sehingga timbul salah faham pengguna.


“Tidak adil kepada bakal pembeli jika mereka menipu dengan cara begitu kerana ia membuatkan pengguna percayakan keberkesanannya. Seperti produk menguruskan badan contohnya, saya bimbang kesannya nanti berbalik kepada saya berikutan orang percaya pada iklan terbabit,” katanya.


“Sekarang, kalau saya membuat promosi atau mengulas sesuatu produk sekalipun, ia hanya membabitkan syarikat korporat kerana lebih meyakinkan.”


Norlida Ishak Shop