Expired : 18.06.18

"Nampak Seperti Ada Entiti Dalam Keadaan Mencangkung Sedang..." - Diganggu Elemen Mistik, Fieya Julia Ingin Berubat Cara Islam

Penyanyi Fieya Julia mendedahkan dia pernah melihat satu lembaga sedang mencangkung sambil memandangnya ketika berada dalam Big Stage 2019.

Jelas Fieya, pada awalnya dia hanya menganggap itu sekadar halusinasi kerana dia mengalami masalah rabun mata.

"Pada minggu pertama Big Stage, saya berada di belakang pentas dan ketika itu saya hanya berseorangan.

"Saya nampak seperti ada entiti yang dalam keadaan mencangkung sedang memandang saya.

"Keadaannya tidak berapa jelas sebabnya saya seorang yang rabun.

"Kadang-kadang, benda biasa pun saya rasa itu adalah makhluk lain. Mungkin saya yang 'overthinking'.

"Saya berasa gementar sehinggakan hilang fokus untuk membuat persembahan," katanya kepada Gempak.

Fieya ditemu bual selepas tamatnya konsert akhir Big Stage 2019 bertempat di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor pada Ahad.

Dalam pada itu, pelantun lagu Perasaanku ini telah membuat keputusan untuk mendapatkan rawatan perubatan secara Islam bagi memulihkan semangatnya.

"Jujurnya sebelum ini saya juga tidak percaya akan perkara sedemikian. Ramai yang meminta saya untuk pergi berubat mengikut cara Islam cuma belum berkesempatan.

“Dalam masa terdekat ini, Insya-Allah saya akan mengikut saranan terbabit. Ini cerita betul, bukan rekaan semata-mata. Orang lain tak rasa apa yang saya rasa," tambahnya lagi.

Seramai lima orang peserta telah berentap di pentas Big Stage untuk berebut gelaran juara.

Penyanyi berasal dari Korea Selatan, Han Byul dinobatkan sebagai juara Big Stage 2019.

BACA: Penyanyi Korea, Han Byul Juara Big Stage 2019!

Han Byul telah menewaskan empat peserta lain iaitu Neeta, Adzrin, Irfan Haris dan Dinda Permata yang turut bersaing di peringkat akhir program tersebut.

Big Stage 2019 minggu ini menampilkan Misha Omar sebagai juri jemputan bergandingan bersama dua juri tetap iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Cakra Khan.

Dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Al Hadad Big Stage 2 dibawakan kepada anda oleh Vivo dan Perodua selaku penaja utama dan Farm Fresh selaku penaja bersama.


Rancangan ditayangkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Personaliti radio ERA, Radin bersama alumni Big Stage musim pertama, Sissy Imann mengacarakan Big Stage Live Plus yang disiarkan serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.

Layari laman web bigstage.gempak.com untuk segala informasi mengenai program ini!


Norlida Ishak Shop